BANDUNG, 10 Disember 2011 -Sebanyak 16 kontingen pelajar Malaysia dari berbagai daerah di Indonesia sedang mengikuti acara Bandung Games 2011 bertempat di Sports Hall Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), bermula pada hari ini dan berakhir pada 11 Disember 2011.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Datuk Razali bin Ibrahim telah merasmikan Bandung Games 2011 disaksikan oleh 16 kontingen pelajar Malaysia dan beliau turut diiringi oleh delegasi dari Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai sendiri oleh Presidennya, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
Menurut YB Datuk Razali, Bandung Games ini merupakan kali kedua telah diadakan dan beliau menambahkan kegiatan ini mempertandingkan beberapa cabang olah raga seperti futsal, bola basket, bola tampar ,ping pong, bowling, bulu tangkis, dan bola jaring.
“Kegiatan ini diadakan untuk mempereratkan tali persahabatan antara pelajar Malaysia dan Indonesia, tambah beliau lagi.
Menurut Sdr. Maliki, acara seperti ini harus diteruskan pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja dapat memperatkan hubungan antara pelajar Malaysia di Indonesia, malah ianya turut dapat memberi peluang kepada pelajar Malaysia untuk memperlihatkan bakat mereka dalam sukan. Pada masa yang sama, acara ini turut disertakan dengan program Bazar Keusahawanan yang mampu melatih pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain di dalam kampus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan