Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 2 Mei 2012

Mengenal Kekuatan Dan Kelemahan Akal, Jiwa Dan Perasaan



 Di antara Kekuatan Dan Kelemahan Itu Ialah Akal, Jiwa Dan Perasaan. Marilah kita menilai dan kenalinya.

1.Kekuatan dan Kelemahan Akal. 

a). Kelebihan Kekuatan Akal.
   Orang yang mempunyai kekuatan akal, ia mempunyai sifat-sifat khusus. Di antaranya ialah:

1.       Mampu berfikir tajam. Hasil fikirannya melahirkan pelbagai teori yang tidak terfikir oleh orang biasa. Dia boleh pula memahamkan orang lain teori penciptaanya itu samaada melalui menulis buku, memberi penerangan atau lain-lain.
2.       Berilmu. Kerana kekuatan akalnya lebih, dia senang mengingat ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Bahkan dia mampu mencungkil ilmu-ilmu tersirat.
3.       Berhati-hati. Kerana kerajaman fikirannya, dia cukup berhati-hati supaya kerjanya tidak salah atau tidak menemui jalan buntu.

b).Kelemahan Kekuatan Akal
   Antara kekurangan atau kelemahan orang yang mempunyai kekuatan akal pula ialah:

1.       Mudah lupa kepada kebesaran ALLAH SWT. Sebabnya ialah kerana ia merasa dirinya hebat da tidak memerlukan pihak lain, hatta kepada ALLAH pun ia terasa kurang penting untuk bergantung. Oleh sebab itu bukan sahaja ia tidak mahu berdoa memohon pertolongan dan bantuan ALLAH, bahkan sembahyang pun ia lupa untuk lakukan, demikian juga dengan puasa dan lain-lain perintah ALLAH, kerana dianggap kurang perlu.

2.       Lupa tugas dan peranannya kepada orang lain. Lupa untuk memikirkan kepentingan dan kerja-kerja masyarakat, malah lupa untuk memikirkan keluarga sendiri kerana asyik dengan keistimewaan akalnya, daam melakukan kerja-kerja membuat analisis, kajian dan sebagainya.

3.       Lupa diri. Orang yg mempunyai kekuatan akal adakalanya lupa pada diri sendiri, sehingga dirinya tidak terurus kerana sibuk dengan teori dan kajiannya. Sehingga janggut dan misainya panjang melebihi had yang disunnahkan. Demikian juga dengan pakaiannya dan biliknya tidak tersusun, berselerak dengan buku dan nota kajiannya.

4.       Jiwanya dipenuhi oleh mazmumah. Jiwa orang yang kuat akal dipenuhi ujub, sombong, berbangga dengan kelebihan yang ada. Kerana kehidupan hariannya hanya memikir menambahkan ilmu yang diperlukan oleh akalnya, tanpa ditambah ilmu yang diperlukan dalam jiwanya, seperti ilmu tentang kelebihan bersigat mahmudah (baik).

Cara mendidik orang Kuat Akal

Bagi mendidik orang yang kuat aka ini supaya kekuatan akalnya dimanfaatkan untuk islam dan perjuangan,ialag dengan cara diberi kesedaran. Dalam Al-Quran, ALLAH mendidik mereka dengan ayat-ayat yang mengajak berfikir, dengan cara itu merea dapat membuat perbandingan dan tidak lagia sombong dengan keistimewaan yang ALLAH berikan.

Orang yg kuat akal juga patut diajak berfikir perkara tersirat disebalik kejadian alam ini, khususnya merasakan kebesaran Pencipta ala mini. Selain itu ajak ia berfikir tentanh hidup setelah mati, fikir mengenai syurga dan neraka di akhirat.

Hasilnya nanti lahirlah pemikir-pemikir Islam yang dapat menyelesaikan masalah diri dan keluarganya. bahkan sekaligus dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

2. Kekuatan Jiwa

a). Kelebihan Orang Kuat Jiwa.
Orang yg jiwanya kuat ialah orang yang tahan lasak. Lebih-lebih kagi jika beriman dan terpimpin, menghasilkan sifat berani, yakin pada diri sendiri, pemurah, tabah, tahan uji, tidak berputus asa dan lain-lain.

b). Kelemahan Orang kuat jiwa.
Sebaliknya orang yang  jiwanya kuat, tapi lemah iman dan tanpa pimpinan, akan melahirkan sifat burul, seperti gopoh, boros(membazir), zalim (suka menindas), pemarah, sombong, pendendam, ujub, ego dan lain-lain.

Cara mendidik orang Kuat Jiwa
Bagi mendidik orang yg kuat jiwa supaya insaf dan terpimpin, ingatkan kepadanya tentang nikmat-nikmat ALLAH. Ceritakan kepadanya tentang sejarah orang soleh (baik) dano rang toleh (jahat), kerana hatinya mudah sensitive (tersentuh) dan mudah mendorongnya mencontohi kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
Orang yang kuat jiwa juga bila mengenal dan memegang kebenaran, ia akan yakin dan pertahan bersungguh-sungguh serta dapat pula menyampai dan mendidik orang lain.

3.  Kekuatan Perasaan

a). Kelebihan Orang Kuat Perasaan.

Orang yang kuat perasaan mudah sensitive (perasa). Sifat ini ada kebaikannya, kera menimbulkan sifat-sifat positif seperti berikut;

1.      -  Sentiasa berhati-hati (tidak gopoh dan gapah)
2.      -  Bertimbang rasa.
3.      -  Lemah lembut
4.     -   Penyayang.

b). Kelemahan Orang Kuat Perasaan.

Namun orang yang kuat perasaan ada pula kelemahannya, jika tidak dikawak ia akan menimbulkan sifata negatif, seperti;

1.       - Mudah merajuk.
2.      -  Mudah kecewa.
3.      -  Suka menyendiri.
4.       -  Mudah buruk sangka.
5.       -  Tidak yakin pada diri
6.       -  Rendah Diri (inferiority complex).
7.       -  Tidak tahan diuji
8.       -  Penakut
9.       -  Pemalu

Cara mendidik orang kuat perasaan

Seorang yang memiliki kekuatan perasaan hendaklah didik dan dipandu dengan iman dan syariat Islam. Sifat-sifat yang positif yang baik hendaklah disuburkan manakala sifat-sifat yang negative yang tidak baik hendaklah dikikis perlahan-lahan secara kesedaran.

Untuk mendidik orang yang kuat perasaan supaya perasaanya peka kepada kebaikan hendaklah menceritakan kepadanya khabar gembira tentang hal-hal kebaikan, jika dilakukan dan menceritakan juga khabar yang menakutkan tentang hal-hal kejahatan, jika dilakukan.

Hati orang yang kuat perasaan akan mudah sensitif dan mudah insaf dengan teladan kisah-kisah tersebut. Jika diceritakan kepadanya tentang azab neraka, ia mudah takut, gerund an cemas. Jika diceritakan tentang nikmat syurga, mudah mendorongnya untuk mengambil iktibar dan cinta kepada syurga.

Menilai Kekauatan Yang ada pada diri.
Setelah kita fahami secara ilmu tentang kekuatan-kekuatan tersebut. Maka bolehlah kita menilai diri sendiri, apakah kekuatan yanag ada pada diri kita. Mungkin ada kukuatan akal sahaja, atau kekuatan jiwa sahaja, atau kekauatan perasaan sahaja, atau kekuatan perasaan dan jiwa, atau kekuatan jiwa dan akal, atau ada ketiga-tiganya sekali.Sukar untuk memiliki ketiga-tiga kekuatan itu sekaligus, kerana ia adalah anugerah ALLAH kepada kita. Orang yang diberi ketiga-tiga kekuatan biasanya boleh memimpin orang lain dan ia menjadi orang istimewa.

Setelah kita menilai kekuatan yang ada pada diri kita, maka barulah kita dapat mendidik diri kita sesuai dengan kebolehan yang ada pada kita. Kalau kita telah mengenal  kebolehan diri sendiri, kita akan mudah redha menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dan kita dapat sumbangkan kelebihan yang ada pada kita untuk orang lain dengan sebaik-baiknya. Insya’allah….

Alhamdulillah, Apa yang ana kongsikan pada kali ini, sangat berguna dan berkesan untuk ana dalam mendidik diri, Kerana sebelum mendidik diri kita harus mengenal diri. Sungguh Allah lebih mengetahui segalanya. Semoga Allah senantiasa memberikan kita hidayah serta petunjuk agar kekuatan yang kita peroleh bermanfaat buat kita dan kehidupan yang kekal kelak.. amin ya rabbal alamin.

~MPS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan