Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 2 Mei 2012

Belia digesa tidak ikut demonstrasi jalanan: Presiden MBM


Published On: Wed, Apr 25th, 2012

Belia Malaysia diingatkan agar tidak terlibat dengan mana-mana demonstrasi jalanan yang bakal dianjurkan oleh pihak pembangkang.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee meminta agar masyarakat terutamanya golongan belia tidak mudah terpedaya dengan gimik politik yang dimainkan pihak pembangkang.
“Dengan adanya saluran perundingan dalam kalangan belia, saya rasa tiada sebab untuk orang muda guna demonstrasi untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat,” jelasnya.
Beliau menasihatkan agar golongan muda dan belia tidak membuang masa dan tenaga mereka  dengan menyertai demonstrasi jalanan tersebut.
Mohamed Maliki berkata demikian sebagai mengulas mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Pada masa yang sama, beliau juga meminta mana-mana pihak yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu agar berpada-pada dalam menegakkan perjuangan.
“Beberapa tuntutan mereka telah diambil perhatian oleh kerajaan dan saya tidak nampak tindakan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sesuatu yang wajar,” katanya lagi.
Selain itu beliau berkata jika perhimpunan berbau politik itu tetap berlaku ia bakal menambahkan kesusahan kepada masyarakat di sekitar Kuala Lumpur.
“Pemandu teksi, pengusaha restoran dan peniaga kecil turut ada hak sama bila berlaku perhimpunan akan berlaku kekotoran dan kesesakan jalan raya. Pekara ini akan menimbulkan rungutan dari ramai pihak,” tegasnya.
Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin Bersih 3.0 tidak mengelirukan rakyat dengan perkara-perkara sebegini kerana kehidupan masyarakat tidak berteras kepada unit politik semata-mata.
“Kita semua perlu mencari rezeki jadi janganlah menambah kesusahan kepada peniaga-peniaga, pemandu teksi dan sebagainya yang terpaksa menanggung kerugian ketika itu,” katanya.
Mohammed Maliki ditemui pada sidang media di Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Murid Sekolah Daerah Kinta Selatan dekat Kuala Dipang, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan