Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Ahad, 13 Mei 2012

Keratan akhbar.....


Published On: Sat, May 12th, 2012

Penyokong UMNO jaga adab, berhimpun cara baik dalam stadium


Kehadiran lebih 100,000 penyokong di perhimpunan Sambutan Ulangtahun UMNO ke-66  yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat lalu menunjukkan UMNO masih utuh dihati penyokongnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perhimpunan tersebut menunjukkan penyokong UMNO terdiri daripada golongan yang menjaga tatasusila dan menghormati  kedaulatan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan berhimpun cara aman.
“Kita berkumpul dengan cara yang  baik di dalam stadium ketika itu tanpa melakukan apa-apa perkara di luar batasan,” katanya.
Jelasnya, penyokong UMNO tidak perlu berhimpun atau berdemonstrasi di jalanan semata-mata ingin menunjukkan sokongan terhadap parti.
“Jika ingin membalas reaksi kekuatan UMNO kepada pihak pembangkang dengan mengadakan perhimpunan dan berarak di  jalanraya sekitar  ibu kota, sudah tentu gelombangnya lebih besar.
“Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, penyokong-penyokong UMNO telah didik untuk menjadi golongan yang beradab dan menghormati peraturan,” jelasnya.
Katanya, keengganan pihak pembangkang mengadakan perhimpunan di dalam stadium merupakan helah supaya perhimpunan pada 28 April lalu tidak dilihat sebagai gagal.
“Jika ia dibuat di dalam stadium, sudah tentu kiraan penyokong yang hadir dapat diambil dengan tepat jadi ia tidak akan selari dengan anggaran mereka yang kononnya boleh mengumpulkan sehingga 500,000 penyokong,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kenyataan segelintir pihak yang mengatakan UMNO membayar orang ramai untuk hadir ke perhimpunan tersebut.
“Setiap apa yang dilakukan UMNO, pembangkang akan kata penyokong yang hadir dibayar.
“Mereka tidak sedar perkara ia turut dilakukan oleh salah seorang ketua pemimpin mereka yang mengakui membayar penyokong untuk hadir di perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu,” kata Zambry.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dekat Tanjung Malim.
Majlis itu turut dihadiri Exco Belia dan Sukan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi Majlis Belia, Khairul Anwar El Syazalli Musa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan