Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Khamis, 16 Februari 2012

Program Bicara "Youth and Change" bersama Pemuda Turki


Peranan aktif belia dan pemuda sudah mula diiktiraf dan dibicarakan di seluruh dunia. Perubahan persekitaran dan kehendak belia menjadi topik penting yang mula dibicarakan. Kebangkitan rakyat di Tunisia yang seterusnya merebak ke negara-negara Arab yang lain banyak dimainkan oleh golongan ini. Tidak kurang juga peranan pemuda yang kini diangkat dan terlibat dalam usaha perubahan dan pembangunan dalam pentadbiran negara dan syarikat utama di seluruh dunia.




Satu program dialog telah diatur antara AKP Turki dan Belia Malaysia di dalam program Bicara Pemuda "Youth and Change"  yang diadakan di Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya. AKP Turki yang diwakili oleh Sdr. Ismail Karaosmaonglu Pengerusi Pemuda, Keadlilan dan Pembangunan Parti AK, Turki dan MBM diketuai oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM dan Mohd Zaidi Aziz Setiausahagung MBM . Turut sama dalam program ini ialah Sdr. Abdelkabir Azzi, Wakil Rasmi Parti Keadlilan dan Pembangunan Morocco dan beberapa pertubuhan belia di bawah MBM seperti ABIM dan PKPIM. Bagi memastikan dialog ini berjalan dengan lancar, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden ABIM diberi kepercayaan untuk menjadi moderator. Beberapa isu membabitkan kepentingan belia di negara Turki dan Malaysia disentuh dengan kupasan yang menarik serta  membina dan memperluas jaringan antarabangsa belia Malaysia dengan kumpulan belia di seluruh dunia. Ianya juga bertujuan mewujudkan persefahaman dan penerokaan ruang kerjasama antara belia Malaysia dengan kumpulan belia antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan