Aktiviti berbasikal semakin medapat tempat di hati masyarakat pada masa kini. Semakin ramai yang berbasikal semakin banyak persoalan tentang etika berbasikal yang betul dan selamat dalam minda masyarakat. Kayuhan Formasi telah di ilhamkan susulan daripada Program Jelajah Berbasikal 1Malaysia 2010 dan Kayuhan Cinta Negara 2011 dimana Associated Cyclosportif Trekkers(ACT) mendapati bahawa pentingnya diterapkan di dalam jiwa setiap peminat berbasikal ini tentang nilai- nilai seperti semangat setiakawan, berdisiplin dan mewujudkan rasa kebersamaan. Ini mampu memupuk jati diri yang tinggi.
Pertandingan Kayuhan Formasi yang pertama kali diadakan mulai tahun ini akan diteruskan lagi pada tahun- tahun yang akan datang. Beberapa pergerakkan asas yang wajib dijalankan telah dikenal pasti dan peserta wajib melakukan didalam masa yang telah ditetapkan. Antara pergerakkan formasi yang wajib peserta lakukan pada pertandingan kali ini ialah:
1. Gerakan Senaman Asas ACT: 8 minit
2. Gerakan Kayuhan Formasi:13 minit
3. Formasi 7 Pertukaran Asas (Baris 2,3,4,3,2,1,2)
Pada pertandingan kali ini 8 kelab berbasikal telah menyertai iaitu Cenderawasih,Red Line Warrior, Giant Red Rider, Next Generation, Ultra Cosmos, Triggers, Fighters dan Warrior. Pemenang kali ini dimenangi oleh pasukan Warrior yang membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak Rm 500.00.
|
Piala Pusingan yang menjadi rebutan para peserta |
|
Ucapan Penasihat ACT En Ruzizan Maphilindo |
|
Ucapan Perasmian oleh Setiausaha Agung MBM En Mohd Zaidi Aziz |
|
Hakim sedang menilai para peserta pertandingan |
|
Add caption |
|
Antara aksi- aksi peserta |
|
Peserta melakukan salah satu pegerakan iaitu Formasi & pertukan asas |
|
Pukul....Antara aksi penyokong kelab yang memberi sokongan |
|
Cenderahati kepada ketua hakim |
|
Para peserta pertandingan mengabdi kenangan |
|
Juara ,Pasukan Warrior bergambar bersama PEnasihat ACT dan Setiausaha Agung MBM |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan