Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Ahad, 18 September 2011

11 ribu hadir Rumah Terbuka MBM

Bagi meraikan hari bersejarah bagi negara selain menyambut Syawal, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Hari Malaysia di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak hari ini.


Majlis yang bermula pada jam 3 petang hingga 7 malam ini menyaksikan masyarakat di negara ini masih mengekalkan amalan perpaduan kaum selain mempunyai semangat patritisme yang tinggi kerana bersama-sama menyambut Syawal dan Hari Kemerdekaan ke 54 serta Hari Malaysia dengan serentak dalam suasana harmoni.




Setiausaha Agung MBM Mohd Zaidi Aziz berkata, tahun ini, Majlis Rumah Terbuka MBM disambut lebih meriah berbangding tahun-tahun sebelumnya berikutan ia disambut sekali dengan Hari Malaysia.
“Alhamdulillah MBM berjaya melaksanakannya dengan penuh meriah sekali. Kehadiran ramai orang yang tidak putus- putus daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum menunjukkan kesepaduan dan toleransi masyarakat.


“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah  bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini,” katanya.


Dalam majlis berkenaan lebih 11 ribu pengunjung pengunjung telah hadir termasuk dari kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan, pertubuhan belia, ahli belia, mantan pemimpin belia, masyarakat setempat serta golongan ibu tunggal dan anak yatim telah diraikan pada majlis ini.


Pelbagai juadah disediakan seperti kambing golek, sate, pelbagai menu mee, buah-buahan tempatan, kuih muih raya serta hidangan aiskrim dan Nescafe dari Nestle (M).
Pada majlis ini juga, MBM turut menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim serta golongan warga emas dari sekitar Bandar Tun Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan