Konsep
Edutainment(Memberi maklumat menerusi keriangan dan hiburan)
Visi Program
Mewujudkan 1,000 belia yang berjaya dan berdayasaing sebagai agen transformasi masyarakat kearah wawasan 2020.
Objektif Program
- Mengenali Diri
- Memahami Persekitaran yang Membantu
- Menilai Faktor-Faktor Pembolehubah kearah Kejayaan dan;
- Mencipta Matlamat dan Pelan Tindakan yang Dapat Membantu Belia kearah Kejayaan
Kaedah Program
- Kuliah / Perkongsian Pengalaman
- Pra tonton Visual/Audio
- Aktiviti Buku " Jom Berubah"
Assalamualaikum En. Zaidi
BalasPadamPepatah kata "Hendak Seribu Daya". Beribu daya telah diusahakan pelbagai pihak sejak bertahun-tahun. Tetapi kualiti pencapaian sebahagian belia semakin merosot dan membimbangkan.
Negara makin kehilangan tenaga mahir pelapis. Belia kurang minat berakit-rakit dahulu dan berenang ketepian. Rata-rata pekerja senior berkemahiran di syarikat multi nasional atau iks mengeluh dan merasakan seolah-olah mereka adalah generasi tempatan berkemahiran yang terakhir dan sukar melihat pelapis baru yang akan menggantikan mereka nanti. Kemahiran dibidang industri dan pembuatan akan dimiliki oleh orang asing.
Masyarakat kaum Cina tidak memaklumkan kaedah yang diguna pakai untuk membasmi budaya lepak, gejala dadah, ragut,merempit, pergaduhan dan pengangguran dikalangan remaja mereka, tetapi mereka membasminya dengan begitu berkesan.
Yang ketinggalan dan makin merunsingkan adalah dikalangan belia remaja kaum Melayu dan India dinegara kita ini.
Kunci sebenar untuk meminimumkan masalah ini ialah dengan melaksanakan beberapa langkah transformasi pengurusan yang berkesan dan mampu dipimpin sehingga kejayaan (perubahan)terhasil dan boleh dikira.
Lebih penting pemimpin dan pihak bertanggung-jawab mesti bertanggung-jawab. Kegagalan yang lepas adalah satu anggung-jawab yang amat besar perlu dipikul.
Sebagai contoh kepada bekas peserta pusat pemulihan yang mengulangi kegiatan mereka semula. Adakah kegagalan ini berpunca dari kelemahan pengurusan pusat pemulihan, masyarakat, ibu bapa, saudara mara atau peserta itu sendiri.
Alangkah baiknya jika peserta yang akan dibebaskan dibawa sendiri oleh pegawai pusat pemulihan dan di kembalikan kepada masyarakat dan keluarga mereka dalam satu majlis hebahan yang di gabungkan dengan pengakuan, penyataan harapan dari pegawai pusat latihan, waris terdekat, peserta itu sendiri serta ketua atau wakil rakyat masyarakat setempat.
Saya boleh memberikan taklimat mengenai kaedah yang insyaallah berkesan untuk mengubah fokus pemimpin, masyarakat dan para belia. Taklimat berirama dan menyentuh realiti kerunsingan masa kini terhadap hala tuju remaja yang bermasalah.
Satu platform yang meransang remaja berminat menceburi bidang kemahiran pasti dapat diadakan. Dengan tumpuan penuh mengejar kemahiran dan pendapatan, mampu memesongkan remaja dari gejala yang negatif.
Sekian...dari saya yang tidak sesempurna mana.
Baharudin Ahmad
019 2368383