”Alhamdulillah YAB Perdana Menteri telah membuat pembentangan belanjawan 2012 di Parlimen petang Jumaat. Pembentangan bajet yang komprehensif dan menyeluruh, mengambil kira keperluan dan menyentuh setiap golongan rakyat. Terdapat penegasan tentang kreativiti dan inovasi dalam pembangunan modal insan.
Sehubungan itu, peluang ini perlu digarap sepenuhnya oleh warga muda negara yang menekankan dalam aspek inovasi dan kreativiti. Walaubagaimanapun, peluang ini akan sia-sia jika tiada inisiatif untuk merebut peluang ini.
Cabaran dan peluang buat pemimpin belia untuk menggerakkan kesedaran inovasi dan mengatur program yang bersesuaian ke arah pemahaman kreativiti dan inovasi. Harapannya agar pencapaian yang menakjubkan ke atas nilai tambah yang disarankan oleh kerajaan terhadap sesuatu program dan projek yang dilaksanakan dapat menganjakkan produk atau jenama tempatan ke persada antarabangsa, sekali gus membantu golongan belia dalam mencapai wawasan negara berpendapatan tinggi.
Buat pertama kali dalam pembentangan belanjawan, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah telah disebut oleh YAB Perdana Menteri secara khusus dalam pembentangan belanjawan 2012. Ini melambangkan bahawa perancangan, usaha dan wawasan para penggerak belia tanahair telah diiktiraf kepentingannya dalam usaha memacu pembangunan negara. Suatu kejayaan buat penggerak belia dan pendokong pertubuhan belia ! Semoga peruntukan yang disediakan akan disalurkan dengan baik oleh pihak yang berwajib kepada pertubuhan belia dan program harus diatur dengan penuh bijaksana bersama dengan pertubuhan belia agar tahun 2012 akan menjadi Tahun Gerakan Inovasi Nasional yang digerakkan oleh penggerak belia.
Apa yang mustahak adalah pelaksanaannya berlaku secara saksama dan adil. Pemantauan harus dilaksanakan supaya tiada berlaku ketirisan dalam pelaksanaan dan penyaluran peruntukan serta projek”
Sumber : www.peraktoday.com
Selasa, 11 Oktober 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan