Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Jumaat, 18 Mei 2012

Tazkirah Jumaat.......

TRANSFORMASI JIWA DAN ROHANI

Semangat Hijrah yang berlalu beribu tahun dahulu ditagih oleh seluruh Umat Islam serata dunia. Semangat inilah yang akan memberi suntikan dan inspirasi kepada seluruh umat Islam melakukan perubahan dan transformasi ke arah hidup yang lebih cemerlang sama ada dari aspek spiritual dan material. Pihak kerajaan khususnya sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan kerajaan melalui agenda transformasi. 

Transformasi menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud perubahan bentuk (sifat,rupa atau keadaan). Dalam erti kata yang lain ia merupakan satu proses peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain, lain daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna.
Menurut perspektif Islam proses transformasi atau perubahan ini tidak terhasil melainkan perubahan terbitnya dalam diri setiap individu. Atas dasar inilah Allah berfirman di dalam surah al-Nahl ayat 11 yang bermaksud: 

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

Sebagai umat Islam transformasi dalam diri kita bukanlah hanya setakat dalam aspek ibadah semata-mata tetapi ia melingkupi segenap aspek, sama ada perubahan dalam  meningkatkan taraf kehidupan, ekonomi, penguasaan ilmu pengetahuan   dan malah lebih luas daripada itu.
Walaubagaimanapun transformasi jiwa dan rohani sebenarnya adalah menjadi tunjang dan asas yang utama. Apabila transformasi jiwa dan rohani telah berlaku dalam diri manusia maka sebarang transformasi sama ada melibatkan pentadbiran, ekonomi, pendidikan malah politik dapat dicapai dengan mudah.

Di samping usaha kerajaan memantapkan aspek ekonomi, perpaduan dan pembangunan negara, transformasi pembangunan modal insan perlulah diletakkan sebagai priority yang utama. Masyarakat perlu dilibat dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan program yang dapat mendidik rohani dan akhlak mereka. Sebaliknya,hiburan-hiburan dan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan faedah haruslah disekat atau digantikan dengan program alternatif yang membina perpaduan, menerapkan semangat patriotik seterusnya mendidik jiwa rakyat.
Media cetak dan elektronik pula disarankan untuk memperbanyakkan filem dan rancangan harian berunsurkan pengajaran, pembinaan jatidiri, penghayatan agama dan pencerdasan minda. Dengan cara ini sedikit sebanyak melahirkan rakyat yang cemerlang dan seimbang antara aspek duniawi dan ukhrawi.
Allah berfirman di dalam surah al-A’raaf ayat 96 yang bermaksud:

Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Peranan Ketua Keluarga juga adalah besar sekali dalam proses transformasi membentuk keluarga yang cemerlang dengan menjadikan rumah sebagai ‘syurga’ iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Ia dapat dicapai dengan sentiasa melazimi solat berjemaah sekeluarga di samping menerapkan amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama-sama. Ibu bapa perlu peka mengawasi pergerakan anak-anak mereka.Sebagai Ketua Keluarga, suamilah yang mencorakkan kehidupan sesebuah keluarga. Jika keluarga dicorakkan dengan acuan kehidupan ala barat, maka begitulah jadinya. Tetapi jika suami mempunyai kesedaran roh Islam, sudah pasti akan terdidiklah ahli keluarga mereka dengan syariat Islam yang sebenar. Anak-anak dilahirkan fitrahnya suci bersih,  maka ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

"Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'"
(Riwayat Bukhari)

Dalam proses transformasi diri, Setiap individu haruslah dari masa ke semasa berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti jiwa dan rohani dan Islam menganjurkan umatnya bermuhasabah. Bermuhasabah bererti kita menilai dan hasil amalan yang kita lakukan sehari-hari, sekiranya terdapat kekurangan kita perbaiki dan sekiranya sudah baik kita tingkat dan tambah amalan.

Kesimpulannya, proses transformasi bukan merupakan satu proses mudah yang dapat dilihat hasilnya sekelip mana. Kita tidak mahu perubahan yang berlaku itu hanya pada permulaannya sahaja dan ia kemudian akan kembali kepada sediakala. Transformasi di sini ialah perubahan yang bermula dan berkekalan selama-lamanya. Justeru bagi merealisasikan usaha transformasi ini tercapai ia memerlukan pengorbanan, kesabaran dan gerak kerja yang berterusan dan istiqamah.




Khamis, 17 Mei 2012


Belia perlu balas kepercayaan

E-mailPrintPDF
Mohd Zaidi, Setiausaha Agung MBM
Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my
GOLONGAN belia kini berjumlah 11.9 juta atau merangkumi sekitar 40 peratus daripada lebih 29 juta penduduk negara ini. Tidak menghairankan apabila tumpuan banyak diberikan untuk membela nasib dan masa depan mereka kerana belia juga bakal mewarisi dan menjaga kelangsungan agama, bangsa dan negara kelak.
Ada juga yang berpendapat golongan belia kini terlalu dimanjakan dengan bermacam pemberian dan kemudahan tetapi muda-mudi ini seharusnya dibantu mencapai potensi optimum mereka seperti mana mereka yang dibantu sejak negara merdeka lagi.
Bersesuaian dengan tema sambutan tahun ini, 'Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini', pelbagai program dan usaha digerakkan kerajaan dan golongan 'senior' bagi memastikan kedaulatan Malaysia terlindung sehingga ke anak cucu.
Semua yang diberi dan disediakan untuk muda mudi kini juga merupakan satu simbol kepercayaan daripada kepimpinan sedia ada agar golongan belia akan meneruskan perjuangan, melindungi apa yang sudah dicapai dan mengejar kemuncak kejayaan.
Oleh itu, golongan belia juga perlu menghargai segala usaha tersebut, bukan sahaja dengan menghormati mereka yang lebih tua malahan membalas kepercayaan itu sewajarnya.
Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, permainan politik yang melampau telah mengaburi mata sebahagian rakyat sehinggakan semua perkara dilihat sebagai cubaan memancing undi.
Hakikatnya, kalangan belia sendiri sudah dewasa pemikirannya dan dapat membezakan antara politik sempit dan usaha jangka panjang demi anak bangsa dan tanah tumpah darah.
Walaupun ramai yang riuh-rendah menjadi boneka pihak dengan agenda peribadi, lebih ramai lagi belia yang bersyukur dalam diam dan berterima kasih dalam menjalankan tanggungjawab pendidikan dan pekerjaan masing-masing.
Bagi Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap, belia kini perlu sedar pembangunan yang telah dikecapi adalah hasil usaha generasi terdahulu. Tegasnya, muda-mudi perlu berterima kasih kepada orang terdahulu yang banyak berkorban dan tidak berhenti berusaha demi mewariskan masa depan yang lebih baik dan selesa.
"Kita patut bersyukur sangat dilahirkan di Malaysia. Tetapi, belia juga perlu lebih berilmu, berinformasi dan mempunyai wawasan dan cita-cita. Walaupun perkembangan teknologi memudahkan generasi Y mendapat maklumat, kita perlu sedar kehidupan kini juga semakin mencabar," katanya.
Beliau berpendapat peranan teknologi, masyarakat dan institusi berkaitan juga akan mempengaruhi perkembangan belia dan kerana itu muda mudi kena pandai berfikir akan baik dan buruknya sesuatu pilihan dan perbuatan.
Mengambil contoh cubaan sesetengah pihak menggunakan belia untuk agenda peribadi, beliau berharap golongan belia melihat jika ia membawa nikmat jangka pendek atau jangka panjang.
"Orang muda mudah melihat usaha oleh pembangkang memainkan isu tertentu terutamanya melibatkan kewangan, perumahan dan kerjaya, sebagai satu pembelaan.
"Namun, mereka perlu pandai berfikir dengan matang tentang baik buruk usaha tersebut terhadap masa depan diri sendiri dan juga generasi berikutnya," katanya.
Tambahnya, saranan memansuhkan pinjaman pendidikan mungkin bagus untuk menghapuskan hutang belia kini tetapi menimbulkan tanda tanya dari mana generasi pelajar berikutnya mahu mendapatkan bantuan pendidikan.
Anuar turut menyelar penyertaan belia dalam sebarang demonstrasi kerana mereka telahpun diberikan peluang dan ruang untuk berkongsi pandangan dan meluahkan perasaan.
"Gunakanlah saluran sedia ada untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit, banyak lagi cara lebih baik untuk menyuarakan pandangan.
"Malahan, usaha membentuk Parlimen Belia juga akan memberi suara kepada akar umbi berkongsi pandangan dan pendapat tentang isu-isu bersama kerajaan," jelasnya.
Khusus untuk belia Felda, beliau menasihatkan muda-mudi generasi baru Felda tidak terlalu seronok dengan apa yang sudah diberi dan disediakan kerajaan.
"Kerajaan 'membelai' warga Felda kerana menghargai generasi pertama peneroka yang bersusah payah menempuh arus hidup, oleh itu kita juga tidak boleh bergantung kepada Felda semata-mata. Jika Perdana Menteri berani membuat transformasi, kita juga kena berani transformasikan minda agar mampu berdikari walaupun jika berada di luar Felda," tegasnya.
Menurutnya lagi, generasi Felda di dalam atau luar tanah rancangan perlu mempunyai kekuatan dan kemampuan berdikari agar boleh sama-sama membantu saudara mereka di tanah rancangan yang masih memerlukan bantuan.
Beliau menekankan, apa yang dicapai kini merupakan satu kesinambungan kejayaan Felda selama 55 tahun dan generasi muda perlu teruskan dan menjaga kelangsungannya.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Zaidi Aziz pula berpendapat belia kini sukar membayangkan keperitan ketika zaman awal kemerdekaan kerana mereka tidak merasainya sendiri.
"Mereka perlu diterapkan dengan rasa cinta kepada negara, bukan sahaja oleh kerajaan malahan ibu bapa sendiri.
"Untuk mengatakan belia kini terlalu dimanjakan juga tidak adil kerana kerajaan dan ibu bapa mereka tentu tidak mahu anak-anak muda ini merasai keperitan seperti zaman dahulu," jelasnya.
Tambahnya, apa yang diberikan kepada belia kini adalah apa yang diperlukan mereka dan muda mudi perlu sedar semua itu juga adalah demi masa depan mereka kelak.
Beliau memberi contoh bagaimana ibu bapa dahulu menghantar anak ke sekolah agar menjadi manusia berguna tetapi kini ibu bapa menghantar anak ke sekolah agar menjadi bijaksana.
"Zaman sudah berubah tetapi hakikatnya apa yang ibu bapa dan kerajaan berikan dahulu dan kini adalah untuk masa depan belia sendiri. Pokok pangkalnya, terpulang kepada masing-masing apa yang mereka mahu untuk diri sendiri," ujarnya.
Tegasnya, jika belia bijak melihat sejarah silam, mereka akan tahu menghargai apa yang sedia ada kerana apa yang berlaku kini bermula dari dahulu lagi dan bukannya hadir secara tiba-tiba.
Mohd. Zaidi juga menyaran agar muda mudi tidak terikut-ikut dengan cara Barat dan 'kebebasan mutlak' di sana kerana kebebasan itu perlu ada batasannya.
"Pendekatan, cara dan budaya kita juga jauh berbeza dengan Barat, kita ada adab dan tata susila sebagai masyarakat Timur.
"Hak kebebasan itu ada batasnya, masalah tidak selesai juga jika asyik mengikut segala cara orang Barat," katanya.
Untuk itu, beliau berharap pihak kerajaan akan terus merapatkan jurang hubungan dengan golongan belia kerana zaman sudah berubah dan memerlukan pendekatan lebih sesuai dengan tahap pemikiran dan pendidikan muda mudi kini.
Namun, beliau merasakan belia sendiri perlu memahami bukan semua permintaan mereka dapat dipenuhi sepanjang masa dan tidak sepatutnya cepat melatah jika masih ada peluang untuk mencuba lagi.
"Seperti mana ibu bapa yang tidak dapat memberi semua yang diminta anak kerana faktor kemampuan, belia juga perlu hargai apa yang diberi dan mencuba lagi atau berusaha lebih kuat mendapatkan apa yang mereka perlukan.
"Gunakan saluran yang sedia ada dan berikan peranan kepada kerajaan dan pihak terbabit untuk laksanakan penambahbaikan, bukannya melatah mengikuti demonstrasi jalanan," jelas Mohd. Zaidi.

Golongan muda diajak berbincang dengan kerajaan - Muhyiddin



E-mail
PrintPDF
TPM bersama belia ketika majlis perasmian HBN2012


 YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak golongan muda supaya duduk semeja berbincang dengan kerajaan dalam menyampaikan "suara hati" mereka.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, cara itu lebih praktikal berbanding menyertai demostrasi jalanan yang tidak mendatangkan kebaikan malah tidak akan menyelesaikan apa jua masalah.

"Tak payah berdemostrasi. Tak payah himpun sana sini yang tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Duduk berbincanglah secara baik. Kita sudah tubuh Parlimen Belia yang membolehkan anak-anak muda terlibat sebagai pemain dalam menggubal dasar.

"Generasi muda pemimpin masa depan. Dalam usaha itu, kerajaan mahu mengajak generasi muda berbincang. Kita mahu dengar apa kehendak mereka kerana kita tahu generasi muda masa kini adalah generasi yang bijak.

"Ini sejajar dengan kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tahu segala-galanya sudah berlalu. Sebab itu kita mahu dengar suara generasi muda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan Hari Belia Negara 2012 di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, DAtuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Muhyiddin berkata, dengan alat-alat atau gajet teknologi terkini yang "rapat" dengan anak muda, ia menjadikan mereka lebih bijak dan berpengetahuan luas serta mampu menguasai maklumat.

Atas sebab itu, katanya, generasi muda perlu bersuara dan bersama dalam menjayakan dasar-dasar negara.

Ujarnya, Malaysia mempunyai jumlah golongan muda dan belia melebihi sepertiga penduduk negara iaitu 12.5 juta orang.

"Dengan jumlah ini, ia menjadikan golongan muda sebagai sumber kekuatan negara.

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana masa depan negara kita akan ditentukan oleh sumber manusia yang ada, maka peranan dan sumbangan mereka kepada negara menjadi lebih penting," jelasnya.

Mengenai sambutan Hari Belia kali ini, katanya, ia akan mencipta sejarah apabila acara kemuncak pada 23 hingga 27 Mei ini akan menyaksikan berjuta belia berhimpun di Putrajaya.

Ahad, 13 Mei 2012

Keratan akhbar.....


Published On: Sat, May 12th, 2012

Penyokong UMNO jaga adab, berhimpun cara baik dalam stadium


Kehadiran lebih 100,000 penyokong di perhimpunan Sambutan Ulangtahun UMNO ke-66  yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat lalu menunjukkan UMNO masih utuh dihati penyokongnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perhimpunan tersebut menunjukkan penyokong UMNO terdiri daripada golongan yang menjaga tatasusila dan menghormati  kedaulatan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan berhimpun cara aman.
“Kita berkumpul dengan cara yang  baik di dalam stadium ketika itu tanpa melakukan apa-apa perkara di luar batasan,” katanya.
Jelasnya, penyokong UMNO tidak perlu berhimpun atau berdemonstrasi di jalanan semata-mata ingin menunjukkan sokongan terhadap parti.
“Jika ingin membalas reaksi kekuatan UMNO kepada pihak pembangkang dengan mengadakan perhimpunan dan berarak di  jalanraya sekitar  ibu kota, sudah tentu gelombangnya lebih besar.
“Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, penyokong-penyokong UMNO telah didik untuk menjadi golongan yang beradab dan menghormati peraturan,” jelasnya.
Katanya, keengganan pihak pembangkang mengadakan perhimpunan di dalam stadium merupakan helah supaya perhimpunan pada 28 April lalu tidak dilihat sebagai gagal.
“Jika ia dibuat di dalam stadium, sudah tentu kiraan penyokong yang hadir dapat diambil dengan tepat jadi ia tidak akan selari dengan anggaran mereka yang kononnya boleh mengumpulkan sehingga 500,000 penyokong,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kenyataan segelintir pihak yang mengatakan UMNO membayar orang ramai untuk hadir ke perhimpunan tersebut.
“Setiap apa yang dilakukan UMNO, pembangkang akan kata penyokong yang hadir dibayar.
“Mereka tidak sedar perkara ia turut dilakukan oleh salah seorang ketua pemimpin mereka yang mengakui membayar penyokong untuk hadir di perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu,” kata Zambry.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dekat Tanjung Malim.
Majlis itu turut dihadiri Exco Belia dan Sukan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi Majlis Belia, Khairul Anwar El Syazalli Musa.

Sambutan Hari Belia Negeri Perak


















Jumaat, 11 Mei 2012

Tazkirah Jumaat......Perpaduan dalam Islam


Sesungguhnya Islam itu bersaudara dan dikehendaki mengeratkan perpaduan serta diharamkan memutuskannya. Bahkan setiap mukmin mestilah saling tolong-menolong sesama mereka dalam segala hal yang mendorong kebaikan umat, kemasalahatan dan kebahagiaan bersama.Memutuskan silatulrahim termasuk dalam perkara pembalasan dosa besar di sisi Allah S.W.T.

Mukmin yang bertamadun adalah mereka yang berjaya mentadbir, mengurus dan mengembangkan kehidupannya. Justeru keteguhan dan keutuhan masyarakat bergantung kepada pengurusan kemantapan ekonomi, kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan yang terpenting ialah perpaduan di kalangan anggotanya, saling tolong-menolong dan berhubung rapat antara satu sama lain. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah(agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai"

-(Al-Imran: 103)


Ingatlah, bahawa kejayaan dan kecemerlangan sesebuah Negara terletak kepada perpaduan di kalangan rakyatnya. Begitu juga sebaliknya, perpecahan adalah punca kejatuhan dan kemusnahan. Sehubungan dengan itu, asas-asas kepada perpaduan mestilah dijana dengan pelbagai gerakan ke arah perpaduan , perlu dirintis supaya hasrat untuk membentuk sebuah Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan.


 Mengikut perspektif Islam perpaduan terjalin melaui dua ikatan iaitu:

Pertama: Perpaduan sesama anggota masyarakat
Kedua: Perpaduan antara kaum muslimin.

Perpaduan juga dapat dilihat daripada dua jurusan atau dimensi iaitu:

Pertama: Perpaduan luaran yang terjelas sebagai kerukunan muafakat bergotong-royong, memperteguh suasana sosio-politik negara demi kepentingan bersama.

Kedua: Perpaduan yang jauh lebih asasi iaitu kesatuan dalaman yang terzahir sebagai pautan kejiwaan dan kerohanian.

 Pengertian perpaduan mengikut dimensi atau jurusan pertama adalah merujuk kepada kerukunan politik kerana mereka mempunyai kepentingan umum seperti menetap di negara yang sama. Oleh kerana mereka lahir di tanah tumpah darah yang sama, maka mereka pun menjadi warganegara yang sama. Jika dibandingkan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain, ia adalah perpaduan sosial sesebuah masyarakat yang serupa dari segi pembawaannya, warna kulitnya,budayanya (termasuk cara berpakaian ) dan bahasa pertuturannya.

 Bagi Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama, perpaduan menjadi keutamaan yang tinggi untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Kepentingan ini semakin terjejas akhir-akhir ini kerana banyak isu perkauman yang diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat.

 Perpaduan sesama masyarakat Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 103 seperti yang disebut sebentar tadi. Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai, kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia dimantapkan lagi melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti sayang-menyayangi, bersikap toleransi dan lain-lain lagi. Apabila berlaku sesuatu perbalahan antara kaum, pihak bertanggungjawab terutamanya kerajaan mestilah mengambil langkah yang sewajarnya agar bibit-bibit persengketaan dapat dibendung dengan segera.


Dalam menjalinkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam pula, model negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah S.A.W. hendaklah dijadikan contoh. Sebagaimana pada awal-awal hijrah, orang-orang Islam merupakan golongan minoriti berbanding berbanding dengan penganut kristian dan yahudi yang mendominasi Madinah ketika itu.Namun melalui penonjolan akhlak dan moral yang terpancar dalam bentuk teori dan praktikal, ditambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusan Islam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk ketika itu , maka tertegak akhirnya sebuah negara yang kuat, aman dan damai, bersatu padu di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W

Pendekatan ini diperkukuhkan melalui tindakan, seperti pembinaan masjid sebagai institusi sosial. Masjid Nabawi dan Masjid Quba? adalah model institusi terawal Islam dalam menjana perpaduan. Masjid bukan setakat berfungsi sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, malah berperanan sebagai lokasi strategik untuk baginda menyusun dan membentuk masyarakatnya, membangunkan akidah umat Islam, melaksanakan urusan syariah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat melalui akhlak yang mulia.

Nabi Muhammad S.A.W juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam menerusi ikatan ukhwah sesama Islam. Kaum Aus dan Khuzraj yang sekian lama bersengketa telah telah berjaya didamaikan.Persefahaman ini mampu dipatuhi oleh semua ahli masyarakat tanpa membezakan kaum, bangsa dan agama.Sama-sama berganding bahu mentaatainya sebagai langkah membentuk kesatuan ummah dan perpaduan kaum di Madinah.

Rasulullah S.A.W memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah, ini terbukti apabila Baginda ditanya oleh seorang sahabat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayub Al-Ansari dalam hadisnya yang bermaksud:

Ya!, Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku amal yang akan memasukkan aku ke dalam syurga. Maka sabda Rasulullah S.A.W : Engkau beribadah kepada Allah S.W.T dan tidak mensyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan menghubungkan persaudaraan.
Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama orang Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan Islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mencatatkan bahawa masyarakat yahudi dan kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinatul Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam.Kesan keadilan Islam inilah, kelompok Islam yang awalnya minoriti menjadi majoriti apabila kaum bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya.


Ya Allah kurniakan kerahmatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan, kesuburan dan penghasilan, ke atas negeri kami, Negeri Selangor Darul Ehsan. Jadikan rakyatnya bersatu-padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, lindungi kami daripada persengketaan, perpecahan, fitnah-memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian, negeri Selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.
(Al-Huzraj:10)

Jumaat, 4 Mei 2012

Tazkirah Jumaat:“ANCAMAN AKIDAH UMAT ISLAM”



Perbezaan pendapat dikalangan umat Islam dalam cabang syariah atau  perundangan Islam dianggap sebagai satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa satu pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat. Walaubagaimanapun perbezaan pendapat di dalam bidang akidah dan usul syariah lebih cenderung kepada malapetaka yang boleh memecah-belahkan umat dan dikuatiri dapat melemahkan perpaduan dan akidah umat Islam. Persoalan besar timbul kenapa perkara ini berlaku kepada umat Islam?. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar antara perkara yang  menyebabkan berlakunya ialah sifat umat Islam sendiri yang berpecah belah mengikut kumpulan tertentu, ta’asub kepada kepimpinan tertentu sehingga tidak dapat menilai kebenaran dan kepalsuan. Mimbar percaya kesan daripada perpecahan ini boleh membawa kualiti hidup yang lemah, meruntuhkan umat dan boleh membawa kekufuran. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berpecah kepada tujuh puluh satu golongan, satu golongan daripada mereka itu di dalam syurga dan tujuh puluhnya di dalam neraka. Orang-orang Nasara pula berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu mereka di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga.Demi tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada di dalam syurga, dan tujuh puluh dua daripada mereka di dalam neraka. Baginda di tanya siapakan  mreka yang masuk syurga itu, jawab baginda Jamaah.(Riwayat Ibn Majah)

Asas segala akidah ialah beriman kepada Allah SWT iaitu kepercayaan kepada keesaan-Nya dan kepercayaan diatas kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW. Islam amat mengambil berat dan menyeru kepada mentauhidkan Allah SWT secara ilmu dan amal serta menjelaskan perkara-perkara yang membawa kepada syirik baik secara i’tiqad atau tingkahlaku. Islamlah agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, iaitu agama yang menjamin umat Islam kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat . Firman Allah SWT dalam surah Ali- Imran ayat 19:
Bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.

Dan firman-Nya lagi dalam surah Ali Imran ayat 85:

Bermaksud:Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang yang rugi

Dalam era masa kini telah mendedahkan umat Islam kepada pelbagai bentuk cabaran yang menguji kekuatan akidah umat Islam. Pelbagai fahaman, ideologi moden seperti kapitalisme, materialisme, fahaman liberalisme, pluralisme dan komunisme serta unsur-unsur negatif yang mempengaruhi umat Islam telah melanda dengan mudahnya. Kita juga digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita dihimpit dengan budaya songsang seperti black metal, budaya punk, gejala gay, seks bebas dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian mimbar, gejala ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara antaranya kepincangan keimanan anggota keluarga terutamanya ibu-bapa sebagai ketua keluarga sedangkan dialah yang paling utama dalam mendidik anak-anak kepada penghayatan ajaran dan akidah Islam.
Akhir-akhir ini kita juga dikejutkan dengan gerakan golongan yang berfahaman Syiah. Kumpulan Syiah yang wujud di negara kita merupakan satu kolompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. Fahaman Syiah ini semakin meruncing apabila ada dari kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan berlatarbelakang agama telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman ini secara serius terutama kepada para pelajar di universiti dan menular kepada masyarakat awam. Banyak penyelewengan yang telah dilakukan oleh golongan ini yang menyentuh samada dari sudut akidah, syariah dan kepentingan umum. Mimbar ingin mengingatkan kepada jemaah dan seluruh umat Islam sekalian bahawa gerakan mereka berlaku terutamanya dengan penyebaran kitab-kitab utama Syiah ke seluruh pelusuk tempat di negara kita.
Justeru, mimbar menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa berwaspada dan bersedia mempertahankan kesucian akidah Islam daripada sebarang bentuk penyelewengan dan pencemaran yang boleh menggugat akidah umat Islam, perpaduan ummah dan keharmonian hidup yang selama ini berpegang teguh dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat manusia. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar lagi kufur. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 72:
Bermaksud: Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil!. Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim


Sebagai umat Islam kita perlu sedar dan bangkit mempertahankan akidah Islam kerana ia adalah asas kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang mahu menghancurkan Islam. Dalam hal ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pelaksanaan ibadat umum dan khusus. Ingatlah bahawa tubuh badan kita diibaratkan seperti gelas kosong. Jika kita tidak memenuhi gelas  itu dengan amal soleh maka gelas tersebut akan dipenuhi nafsu syaitan yang akan menguasai diri kita dan mendorong kita melupai Allah SWT. Pengaruh syaitan dalam diri manusia inilah menyebabkan manusia mengalami penyakit rohani keruntuhan akhlak serta akidah.
Di samping itu, umat Islam perlulah juga membina kekuatan dari sudut ilmu, teknologi, politik dan sebagainya. Kita juga mestilah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat. Sebagai Ibu bapa kita juga hendaklah berperanan dalam mendidik anak-anak dengan ajaran Islam yang sebenar agar menjadi generasi yang diredhai oleh Allah SWT dan berusaha menjauhi keluarga dari neraka Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Tahrim ayat 6:
Bermaksud: Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.        

Mimbar menyeru seluruh umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita mendokong segala usaha demi memperkasa akidah umat Islam. Ingatlah bahawa negara kita terkenal dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak zaman berzaman sehingga masa kini. Ternyata disebabkan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah di kalangan Umat Islam maka, perpaduan Umat Islam di Malaysia dan rantau Alam Melayu terus berkedudukan aman dan makmur, tanpa berlakunya pertumpahan darah sejak berabad yang lalu. Oleh yang demikian, sebarang usaha ke arah penyimpangan daripada ajaran tersebut akan membawa kepada perpecahan dan bercakaran sesama sendiri yang akhirnya akan menghancurkan Islam dan menyebabkan mudah di tawan oleh musuh Islam. Marilah sama-sama kita meletakkan perhambaan kita kepada Allah SWT dalam segenap kehidupan dengan mengembalikan diri kita kepada Allah SWT dan menjaga akidah kita daripada terpesong jauh dari landasan yang digariskan oleh Allah SWT. Akhir sekali marilah kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 136:
Bermaksud: Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab-kitab Suci yang diturunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.


Khamis, 3 Mei 2012

Bersatu Secara Ikhlas


Firman Allah SWT dalam surah al-Fathir : 31-32 : "(31) Dan al-Quran Yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi maha melihat dan memerhatikan. (32) Kemudian kami jadikan al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata)."

Di dalam ayat di atas Allah SWT memuliakan sebahagian daripada kalangan manusia yang telah mewarisi al-Quran. Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan, ibn Abbas dan sebahagian ahli tafsir menyatakan bahawa makna " orang-orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba-hamba kami" ialah umat Nabi Muhammad. Dr. Hamka dalam tafsirnya pula menyatakan apa yang diwarisi itu ialah pemahaman, isi kandungan, ilmu-ilmunya, hukum-hukumnya, dan pokok ajaran akidah dari al-Quran.

Umat Nabi Muhammad SAW ini, bukan saja mewarisi al-Quran, malah Allah telah menjadikan umat ini sebaik-baik umat. Ini kerana tugas mereka untuk menyampaikan al-Quran dengan menyeru kepada yang makruf, menegah dari mungkar dan benar-benar beriman dengan Allah SWT. Itulah Allah SWT telah firmankan dalam surah al-Imran:110: "Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."

Namun, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa umat Muhammad ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu dzolimu linafsih, muqtasid & sabiqul khairat. Al-Marhum Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dalam tafsirnya al-Tafsir al-Wasith telah menyatakan dzolimu linafsih ialah mereka yang banyak amal keburukan dari kebaikan. Muqtasid pula mereka yang sama banyak amal baik dan buruknya. Manakala sabiqul khairat ialah mereka yang lebih banyak amal kebajikan dari keburukan.

Umat Melayu Tunjang Islam di Malaysia

Dalam konteks Islam di Malaysia, umat Melayu merupakan tunjang kepada Islam. Umat Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan ditakrifkan sebagai orang Islam. Dalam erti kata lain dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam adalah seiring dan tidak boleh dipisahkan. Saya tertarik dengan ulasan Datuk Dr. Siddiq Fadzil tentang perkara ini apabila beliau menyebutkan: "Meskipun Perlembagaan menyebut tiga ciri yang mendefinisikan keMelayuan, tetapi yang menjadi teras sebenarnya adalah agama Islam. Dua ciri lainnya itu adalah bahagian daripada kebudayaan Melayu yang pada asasnya telah mengalami proses pengislaman." (Melayu: Jati Diri Keagamaan Dan Kebudayaannya di dalam Muzakarah Ulama 2009). Inilah unik dan istimewanya umat Melayu di Malaysia.

Terlebih istimewa, apabila surah al-Fathir di atas dapat diterjemahkan dalam kedudukan umat Melayu di Malaysia. Bangsa Melayulah yang bertanggungjawab melaksanakan, mendakwahkan dan mempertahankan kedudukan Islam di Malaysia. Bukan maksud saya di sini untuk mengetepikan bangsa-bangsa lain yang beragama Islam di Malaysia. Namun secara dasarnya umat Melayu dilihat sebagai orang Islam, sehingga wujud istilah "masuk Melayu". Ini menggambarkan jatuh bangun umat Melayu akan dilihat jatuh bangun Islam di Malaysia.

Perpaduan Melayu

Akhir-akhir ini, kedengaran kembali seruan supaya umat Melayu bersatu. Kenyataan ini mula kedengaran kembali apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen serta kesediaan UMNO untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan umat Melayu di negara ini. (Utusan Malaysia, 14 Julai 2010 ). Saya berpendapat seruan perpaduan ini merupakan satu seruan penting yang mesti disambut serius oleh semua orang. Ini kerana perpaduan umat Melayu bermakna perpaduan umat Islam di Malaysia.

Jika hari ini orang bertanya, adakah saya yakin umat Melayu akan bersatu? Saya pasti akan menjawab, ya! Oleh kerana itu, impian untuk melihat dan berusaha dalam menyatukan umat Melayu, ini tidak pernah terpadam dalam hati saya.

Siasah atau mudah kita sebut politik adalah sebahagian daripada Islam. Parti pula wujud hasil dari pemikiran dan pendekatan yang berbeza dalam siasah atau politik. Contohnya Pas dan UMNO hari ini dilihat dua parti besar yang mewakili umat Melayu di Malaysia. Kedua-duanya menyatakan memperjuang Islam dan Melayu dengan hujah dan dalil tersendiri. Maka kerana itulah saya berpendapat selagi parti itu mewakili gaya pendekatan dan pemikiran yang tidak bertentangan prinsip syariat, maka tiada siapa yang berhak mendakwa ia memiliki kebenaran mutlak. Mereka mungkin benar dan mungkin salah.

Maka jika ini dapat difahami, saya yakin perpaduan Melayu dapat direalisasikan. Perpaduan bukan bermakna membubarkan parti dengan memasuki parti yang satu lagi. Seperti yang sebutkan tadi parti hanya mewakili gaya pendekatan dan pemikiran. Sedangkan kepelbagaian ini merupakan satu fitrah yang merupakan cabangan. Parti hanya wujud ketika mana berlakunya pilihan raya. Ketika wujudnya kerajaan yang dipilih, maka parti itu menjadi kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira parti apa sekalipun. Seperti kata orang hari ini, 'biar pun banyak persatuan namun satu kesatuan.'

Namun, di manakah perpaduan ini perlu bertemu? Firman Allah SWT di dalam surah al-Imran : 103 : 'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;' Seperti cabang yang asalnya akar, maka begitulah juga parti yang asalnya Islam. Islam perlu dijadikan matlamat bukannya alat dalam hal ini. Islam perlu dijadikan kata pemutus bukan mangsa rakus. Parti perlu berkorban untuk Islam bukan Islam yang dikorbankan untuk parti. Inilah yang saya lihat roh dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam surah di atas. Islam adalah kata putus dari Allah yang jauh dari kelemahan dan kepentingan peribadi atau kumpulan. Inilah yang dibuktikan oleh baginda SAW bila menyatukan Aus dan Khazraj mahupun bangsa Quraisy.

Bangsa Melayu sepatutnya berpadu dan bersatu atas akar Islam. Maksud saya jika Pas dan UMNO telah menyatakan komitmen mereka dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, maka biarlah Islam yang menjadi kata putus. Inilah maksud dari 'berpegang dengan tali Allah' di atas.

Tidak mengapalah jika hasrat penyatuan kedua-dua parti ini hanya tinggal harapan. Namun untuk melihat bangsa Melayu bersatu atas kepentingan Islam sangat penting dan tidak mungkin boleh diketepikan.

Ikhlas : Syarat Perpaduan

Namun syarat utama perpaduan ini, semua pihak perlulah ikhlas. Amat buruk lagi keji jika seruan perpaduan bersulamkan niat meretakkan. Jangan tangan kanan menghulur madu, tangan kiri menghulur racun. Keikhlasan seperti yang ditakrifkan Allah dalam surah al-Ikhlas yang menyatakan semuanya kerana Allah SWT. Keikhlasan yang berpaksi pada iman kepada Allah Yang Esa, tempat segala pergantungan dan menjauhkan syirik darpadai Allah SWT.

Perpaduan inilah nanti yang akan melahirkan kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain. Perpaduan atas dasar selain ini hanyalah bersifat kosmetik dan sementara. Hati yang penuh iman itulah nanti, akan dihimpunkan Allah dalam satu sibghah (acuan) seperti firman Allah SWT dalam surah al-Anfal :63 "Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Oleh: HARUSSANI ZAKARIA
Sumber; Utusan Malysia 18 Julai 2010
-----------




Rabu, 2 Mei 2012

Borak- borak kopi O.........


KEWAJIBAN TAAT KEPADA PEMERINTAH

Kewajiban taat kepada pemerintah merupakan salah satu prinsip Islam yang agung. Namun di tengah karut-marutnya kehidupan politik di negeri-negeri muslim, prinsip ini menjadi bias dan sering dituding sebagai bagian dari gerakan pro status quo. Padahal, agama yang sempurna ini telah mengatur bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap pemerintahnya, baik yang adil maupun yang zalim.
KKN, represivitas penguasa, kedekatan pemerintah dengan Barat (baca: kaum kafir), seringkali menjadi isu yang diangkat sekaligus dijadikan pembenaran untuk melawan pemerintah. Dari yang ‘sekadar’ demonstrasi, hingga yang berujud pemberontakan fisik.
Meski terkadang isu-isu itu benar, namun sesungguhnya syariat yang mulia ini telah mengatur bagaimana seharusnya seorang muslim bersikap kepada pemerintahnya, sehingga diharapkan tidak timbul kerusakan yang jauh lebih besar.
Yang menyedihkan, Islam atau jihad justru yang paling laris dijadikan tameng untuk melegalkan gerakan-gerakan perlawanan ini. Di antara mereka bahkan ada yang menjadikan tegaknya khilafah Islamiyah sebagai harga mati dari tujuan dakwahnya. Mereka pun berangan-angan, seandainya kejayaan Islam di masa khalifah Abu Bakr dan Umar bin al-Khaththab c dapat tegak kembali di masa kini.
Jika diibaratkan, apa yang dilakukan kelompok-kelompok Islam ini seperti “menunggu hujan yang turun, air di bejana ditumpahkan”. Mereka sangat berharap akan tegaknya khilafah Umar bin al-Khaththab z, namun kewajiban yang Allah l perintahkan kepada mereka terhadap penguasa yang ada di hadapan mereka, justru dilupakan. Padahal dengan itu, Allah l akan mengabulkan harapan mereka dan harapan seluruh kaum muslimin.
Wajibnya Taat kepada Penguasa Muslim

Allah Subhaanahu wata’aala, telah memerintahkan kepada kaum muslimin untuk taat kepada penguasanya betapa pun jelek dan zalimnya mereka. Tentunya dengan syarat, selama para penguasa tersebut tidak menampakkan kekafiran yang nyata. Allah Subhaanahu wata’aala juga memerintahkan agar kita bersabar menghadapi kezaliman mereka dan tetap berjalan di atas As-Sunnah.
Karena barang siapa yang memisahkan diri dari jamaah dan memberontak kepada penguasanya maka matinya mati jahiliah. Yakni mati dalam keadaan bermaksiat kepada Allah Subhaanahu wata’aala, seperti keadaan orang-orang jahiliah.1 (Lihat ucapan al-Imam an-Nawawi rahimahulloh dalam Syarah Shahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas radiallohu anhu, dia berkata, Rasulullah shallallohu ‘alahi wasallam, bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ فَمِيتَةٌ جَاهِلِيَّةٌ
 
“Barang siapa melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barang siapa yang memisahkan diri dari jamaah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliah.” (Sahih, HR. al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah radiallohu anhu, dia berkata, “Kami masuk ke rumah Ubadah bin ash-Shamit radiallohu anhu ketika beliau dalam keadaan sakit dan kami berkata kepadanya, ‘Sampaikanlah hadits kepada kami—aslahakallah (semoga Allah Subhaanahu wata’aala memperbaiki keadaanmu)—dengan hadits yang kau dengar dari Rasulullah shallallohu ‘alahi wasallam yang dengannya Allah Subhaanahu wata’aala, akan memberikan manfaat bagi kami!’ Maka ia pun berkata,

دَعَانَا رَسُوْلُ اللهِ فَبَايَعَنَاَ، فَكَاَنَ فِيْمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعْنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطاَّعَةِ، فِيْ مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا، وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا، وَأَثَرَةٍ عَلَيْنَا، وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ، قَالَ: إِلاَّ أَنْ تَرَوْا كُفْرَا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنَ اللهِ فِيْهِ بُرْهَانٌ
 
“Rasulullah shallallohu ‘alaihi wasallam, memanggil kami kemudian membai’at kami. Dan di antara bai’atnya adalah agar kami bersumpah setia untuk mendengar dan taat ketika kami semangat ataupun tidak suka, ketika dalam kemudahan ataupun dalam kesusahan, ataupun ketika kami diperlakukan secara tidak adil. Dan hendaklah kami tidak merebut urusan kepemimpinan dari orang yang berhak—beliau berkata—kecuali jika kalian melihat kekufuran yang nyata, yang kalian memiliki bukti di sisi Allah Subhaanahu wata’aala.” (HR. al-Bukhari dalam Shahih-nya juz 13 hlm.192, cet. Maktabatur Riyadh al-Haditsah, Riyadh. HR. Muslim dalam Shahih-nya, 3/1470, cet. Daru Ihya’ut Turats al-Arabi, Beirut, cet. 1)

Wajib Taat Walaupun Jahat dan Zalim
Kewajiban taat kepada pemerintah ini, sebagaimana dijelaskan Rasulullah shallallohu ‘alaihi wasallam, adalah terhadap setiap penguasa, meskipun jahat, zalim, atau melakukan banyak kejelekan dan kemaksiatan. Kita tetap bersabar mengharapkan pahala dari Allah Subhaanahu wata’aala dengan memberikan hak mereka, yaitu ketaatan walaupun mereka tidak memberikan hak kita.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud radiallohu anhu, dia berkata, Rasulullah shallallohu alaihi wasallam, bersabda:

إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أَثَرَةٌ وَأُمُورٌ تُنْكِرُونَهَا قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ كَيْفَ تَأْمُرُنَا؟
 
“Akan muncul setelahku atsarah (orang-orang yang mengutamakan diri mereka sendiri dan tidak memberikan hak kepada orang yang berhak, red.) dan perkara-perkara yang kalian ingkari.” Mereka (para sahabat, red.) bertanya, “Apa yang engkau perintahkan kepada kami, wahai Rasulullah?” Beliau shallallohu ‘alahi wasallam berkata, 

تُؤَدُّوْنَ الْحَقَّ الَّذِيْ عَلَيْكُمْ وَتَسْأَلُوْنَ اللهَ الَّذِيْ لَكُمْ

“Tunaikanlah kewajiban kalian kepada mereka dan mintalah hak kalian kepada Allah.” (Sahih, HR. al-Bukhari dan Muslim dalam Shahih keduanya)
Diriwayatkan pula dari ‘Adi bin Hatim radiallohu anhu, dia berkata, “Kami mengatakan, ‘Wahai Rasulullah, kami tidak bertanya tentang ketaatan kepada orang-orang yang takwa, tetapi orang yang berbuat begini dan begitu… (disebutkan kejelekan-kejelekan).’ Maka Rasulullah shallallohu alaihi wasallam bersabda:

وَاتَّقُوا اللهََ وَاسْمَعُوْا وَأَطِيْعُوْا

‘Bertakwalah kepada Allah ! Dengar dan taatlah !’.” (Hasan lighairihi, diriwayatkan oleh Ibnu Abu ‘Ashim dalam as-Sunnah dan lain-lain. Lihat al-Wardul Maqthuf, hlm. 32)
Ibnu Taimiyah rahimahulloh berkata, “Bahwasanya termasuk ilmu dan keadilan yang diperintahkan adalah sabar terhadap kezaliman para penguasa dan kejahatan mereka, sebagaimana ini merupakan prinsip dari prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sebagaimana diperintahkan oleh Rasulullah shallallohu ‘alaihi wasallam, dalam hadits yang masyhur.” (Majmu’ Fatawa juz 28, hlm. 179, cet. Maktabah Ibnu Taimiyah Mesir)
Sedangkan menurut al-Imam an-Nawawi rahimahulloh, “Kesimpulannya adalah sabar terhadap kezaliman penguasa dan bahwasanya tidak gugur ketaatan dengan kezaliman mereka.” (Syarah Shahih Muslim, 12/222, cet. Darul Fikr Beirut)
Ibnu Hajar rahimahulloh berkata, “Wajib berpegang dengan jamaah muslimin dan penguasa-penguasa mereka walaupun mereka bermaksiat.” (Fathul Bari Bi Syarhi Shahihil Bukhari)
Tetap Taat Walaupun Cacat
Meskipun penguasa tersebut cacat secara fisik, Rasulullah shallallohu ‘alaihi wasallam, tetap memerintahkan kita untuk tetap mendengar dan taat. Walaupun hukum asal dalam memilih pemimpin adalah laki-laki, dari Quraisy, berilmu, tidak cacat, dan seterusnya. Namun jika seseorang yang tidak memenuhi kriteria tersebut telah berkuasa—baik dengan pemilihan, kekuatan (kudeta), dan peperangan—maka ia adalah penguasa yang wajib ditaati dan dilarang memberontak kepadanya. Kecuali, jika mereka memerintahkan kepada kemaksiatan dan kesesatan, maka tidak perlu menaatinya (pada perkara tersebut, red.) dengan tidak melepaskan diri dari jamaah.
Diriwayatkan dari Abu Dzar radiallohu anhu, bahwa dia berkata:

إِنَّ خَلِيْلِيْ أَوْصَانِي أَنْ أَسْمَعَ وَ أَطِيْعَ، وَإِنْ كَانَ عَبْدًا مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ
 
“Telah mewasiatkan kepadaku kekasihku agar aku mendengar dan taat walaupun yang berkuasa adalah bekas budak yang terpotong hidungnya (cacat).2” (Sahih, HR. Muslim dalam Shahih-nya, 3/467, cet. Daru Ihya’ut Turats al-Arabi, Beirut. HR. al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad, hlm. 54)
Juga diriwayatkan dari Suwaid bin Ghafalah, dia berkata, “Berkata kepadaku ‘Umar radiallohu anhu, ‘Wahai Abu Umayyah, aku tidak tahu apakah aku akan bertemu engkau lagi setelah tahun ini… Jika dijadikan amir (pemimpin) atas kalian seorang hamba dari Habasyah, terpotong hidungnya maka dengarlah dan taatlah! Jika dia memukulmu, sabarlah! Jika mengharamkan untukmu hakmu, sabarlah! Jika ingin sesuatu yang mengurangi agamamu, maka katakanlah aku mendengar dan taat pada darahku bukan pada agamaku, dan tetaplah kamu jangan memisahkan diri dari jamaah!”
Wallahu a’lam.

 Al-Ustadz Muhammad Umar as-Sewed