Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Khamis, 22 September 2011

Rabu, 21 September 2011

Majlis Pelancaran Program Komuniti Belia Jom Berubah



Konsep
Edutainment(Memberi maklumat menerusi keriangan dan hiburan)

Visi Program
Mewujudkan 1,000 belia yang berjaya dan berdayasaing sebagai agen transformasi masyarakat kearah wawasan 2020.

Objektif Program

  1. Mengenali Diri
  2. Memahami Persekitaran yang Membantu
  3. Menilai Faktor-Faktor Pembolehubah kearah Kejayaan dan;
  4. Mencipta Matlamat dan Pelan Tindakan yang Dapat Membantu Belia kearah Kejayaan
Program 'JOM BERUBAH' ini menggunakan pendekatan 'edutainment' dan banyak menggunakan alat bantuan latihan seperti LCD, Laptop dan sistem audio visual didalam menyampaikan mesej semasa program.

Ahad, 18 September 2011

11 ribu hadir Rumah Terbuka MBM

Bagi meraikan hari bersejarah bagi negara selain menyambut Syawal, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Hari Malaysia di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak hari ini.


Majlis yang bermula pada jam 3 petang hingga 7 malam ini menyaksikan masyarakat di negara ini masih mengekalkan amalan perpaduan kaum selain mempunyai semangat patritisme yang tinggi kerana bersama-sama menyambut Syawal dan Hari Kemerdekaan ke 54 serta Hari Malaysia dengan serentak dalam suasana harmoni.

Isnin, 12 September 2011

Program Semarak Merdeka

 

Tg Malim -  Majlis Belia Malaysia bersama Majlis Daerah Tg Malim dan Rukun Tetangga Kg Sawa hari ini  menganjurkan Program Semarak Merdeka peringkat Jalan Slim Lama di Padang Majlis Daerah Tg Malim Kampung Sawa.
Turut hadir dalam majlis tersebut Dato Seri Ong Ka Chuan Ahli Parlimen Tg Malim, ADUN Behrang Jamaluddin dan En Zaidi Setiausaha Agung Gerakan Belia Malaysia.
Majlis tersebut bermula jam 3pm sehingga 10pm dipenuhi pelbagai acara dan sukaneka sepanjang majlis tersebut.
Acara bermula  dengan perarakan Kontinjen masuk Barisan memegang bendera Malaysia yang terdiri dari 20 buah kampung dan antaranya terdiri dari 6 buah perkampungan Orang Asli sekitar Tg Malim.
Zaidi berkata dalam sidang akhbarnya, program tersebut turut menjemput beberapa artis undangan seperti Ramli Sarip dan Farhan AF serta mengadakan tayangan wayang pacak mengenai sejarah kemerdekaan negara dan dijangka anggaran 5 ribu orang akan membanjiri Padang Majlis Daerah tersebut
“program ini untuk mendedahkan kepada para belia semangat kemerdekaan agar mereka menghargai perjuangan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dan mengenali siapa Bapa Kemerdekaan kita” jelasnya.
Beliau berkata lagi, Program Semarak Merdeka ini dilakukan sempena Bulan Kemerdekaan Negara yang ke-54 dan 16 September pula merupakan Sambutan Kemerdekaan Negara serta  Sambutan Hari Malaysia.
Terdahulu ucapan Dato Seri Ong Ka Chuan menyatakan anak-anak muda hari ini harus berterima kasih kepada perjuangan dan pengorbanan wira-wira kemerdekaan kerana keharmonian dan keamanan yang dikecapi hari ini tidak akan dirasai tanpa mereka.
Sebelum Majlis berakhir, Zaidi bersama Dato Seri Ong Ka Chuan tidak lupa pada jasa Pesara-pesara Polis yang pernah berkhidmat zaman Komunis dengan memberikan Plak penghargaan sempena Sambutan Kemerdekaan ini.

Khamis, 8 September 2011

PROGRAM SEMARAK MERDEKA



PROGRAM SEMARAK MERDEKA PERINGKAT JALAN SLIM LAMA 2011
ANJURAN BERSAMA
JKKK KAMPUNG SAWA/PENDERAS,GERAKAN BELIA KAMPUNG SAWA DAN KAWASAN RUKUN TETANGGA(KRT) SLIM VILLAGE,PERAK
DENGAN KERJASAMA
MAJLIS DAERAH TANJUNG MALIM DAN MAJLIS BELIA MALAYSIA

TARIKH    :       10 SEPTEMBER 2011
HARI         :      SABTU
MASA      :       7.30 PAGI – 12.00 MALAM
TEMPAT :        Padang Majlis Daerah Tg Malim,  Kg Sawa (Exit Slim River)
MASA
AKTIVITI
TEMPAT
7.30 pg
Kejohanan Futsal Bawah 15 tahun

Padang MDTM Kg Sawa

2.00 ptg

Majlis perasmian “PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2011”
1.       Lintas Hormat dan Himpunan Kontijen Semarak Merdeka.(Pertandingan)
2.       Nyanyian lagu Negaraku dan 1 Malaysia
3.       Ikrar Rukun Negara.
4.       Ucapan dan Perasmian.
5.       Pertandingan
-          Sukaneka(semua kontijen)
-          Pertandingan Gubahan dan masakan
-          Pertandingan Mewarna kanak- kanak (Tadika)
6.       Jamuan minum petang


Padang MDTM Kg Sawa
Padang MDTM Kg Sawa

Padang MDTM Kg Sawa
Padang MDTM Kg Sawa



Padang MDTM Kg Sawa
Dewan MDTM
Dewan MDTM
Dewan MDTM

8.45 mlm

Majlis penutup “PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2011”

1.       Tayangan video Jejak Merdeka
2.       Ucapan Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah acara- acara pertandingan.
3.       Persembahan Kebudayaan/artis





Padang MDTM Kg Sawa

Rabu, 7 September 2011

20 warga emas dan fakir miskin terima sumbangan Hari Raya


Golongan kurang berkemampuan seperti warga emas dan fakir miskin tidak pernah dipinggirkan daripada menerima bantuan yang sewajarnya terutama menjelang Hari Raya.
Bagi meringankan beban golongan ini, Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Mohd Zaidi Aziz turut tidak ketinggalan menganjurkan Program Berbuka Puasa dan Majlis Penyampaian Sumbangan Raya kepada warga emas dan fakir miskin di kawasan itu baru-baru ini.
Pada majlis itu, seramai 20 warga emas dan fakir miskin menerima sumbangan Hari Raya daripada Ka Chuan dan Mohd Zaidi yang diadakan di perkarangan Surau Irfaniah, Kampung Sawa, dekat Slim Village.
Lebih 80 penduduk dari Kampung Sawa, Penderas dan Slim Village turut hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan itu yang bermula jam 6.30 petang.
Majlis dimulakan dengan takzirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Zainal Abidin yang kemudiannya disusuli dengan penyampaian sumbangan Hari Raya.
Majlis ramah mesra bersama pemimpin dan masyarakat setempat diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai sebelum menunaikan solat Maghrib.