Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Jumaat, 30 Disember 2011

16 Kontingen Pelajar Ikut Bandung Games


BANDUNG, 10 Disember 2011 -Sebanyak 16 kontingen pelajar Malaysia dari berbagai daerah di Indonesia sedang mengikuti acara Bandung Games 2011 bertempat  di Sports Hall Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), bermula pada hari ini dan berakhir pada 11 Disember 2011.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Datuk Razali bin Ibrahim telah merasmikan  Bandung Games 2011 disaksikan oleh 16 kontingen pelajar Malaysia dan beliau turut diiringi oleh delegasi dari Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai sendiri oleh Presidennya, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
Menurut YB Datuk Razali,  Bandung Games ini merupakan kali kedua telah diadakan dan beliau  menambahkan kegiatan ini  mempertandingkan beberapa cabang olah raga seperti futsal, bola basket, bola tampar ,ping pong, bowling, bulu tangkis, dan bola jaring.
“Kegiatan ini diadakan untuk mempereratkan tali persahabatan antara pelajar Malaysia dan Indonesia, tambah beliau lagi.
Menurut Sdr. Maliki, acara seperti ini harus diteruskan pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja dapat memperatkan hubungan antara pelajar Malaysia di Indonesia, malah ianya turut dapat memberi peluang kepada pelajar Malaysia untuk memperlihatkan bakat mereka dalam sukan. Pada masa yang sama, acara ini turut disertakan dengan program Bazar Keusahawanan yang mampu melatih pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain di dalam kampus.

Khamis, 29 Disember 2011

MBM KECAM KENYATAAN MEMPERSOALKAN PERKARA 153


Majlis Belia Malaysia (MBM) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Evangelical Christian Fellowship Nasional (NECF), Reverend Dr. Eu Hong Seng mengenai Perkara 153 yang menurutnya adalah menyerupai membuli jika ia hanya melindungi hak satu kumpulan.

MBM amat kesal kerana kenyataan tersebut telah dibuat oleh seseorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya dan beliau seharusnya lebih mengetahui sejarah dan rasionalnya Perkara 153 yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak 54 tahun yang lalu. 

MBM merasakan kenyataan tersebut  lebih bersifat menghasut dan boleh menimbulkan rasa tidak selesa di antara pelbagai kaum  yang berlainan di negara ini. Sebagai seorang pemimpin agama dan kaum, kita seharusnya mengambil pendekatan yang lebih rasional dalam usaha untuk menyatukan seluruh kaum bagi memastikan kekuatan perpaduan terus terpelihara.  Oleh itu, MBM mendesak agar Reverend Dr. Eu Hong Seng menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka daripada seluruh rakyat Malaysia.

MBM tidak mahu hak setiap kaum di negara ini ditafsirkan secara melulu dan tidak  mempunyai rasa tanggungjawab semata-mata untuk kepentingan sendiri sahaja tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dirasai oleh kaum lain.

MBM yakin, perlembagaan yang kita amalkan kini masih  melindungi hak dan keistimewaan  setiap kaum di negara ini dengan adil dan saksama kerana setiap perkara yang termaktub di dalam perlembagaan mempunyai latarbelakangnya yang tersendiri dan ianya telah dipersetujui bersama ketika penubuhan negara yang merdeka. 

MBM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan belia agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan sedemikian yang jelas bercanggah dengan apa yang telah kerajaan amalkan dan kerajaan telah membuktikan bahawa perlembagaan negara dapat menyatupadukan seluruh kaum tanpa meminggirkan hak mana-mana kaum di negara ini.

Sekian. Terima kasih

Keratan Akhbar Sinar-Misi ke Bangkok



Keratan Akhbar Sinar-Misi ke Bangkok

       

Khamis, 8 Disember 2011

Belia Malaysia Bantu Mangsa Banjir Thailand 2011



"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Begitulah kata pepatah Melayu lama apabila melihat negara jiran kita yang telah dilanda musibah banjir besar baru-baru ini.

Bagi meringankan beban dan semangat kejiranan serta menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia dalam hasrat melahirkan belia berbudaya glokal, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan melaksanakan "International Youth Volunteerism Programme - Thailand After Flood Disaster Relief 2011" pada 14/12/11 - 19/12/11 di sekitar bandar Bangkok, Thailand.

Program ini akan dilaksanakan secara konvoi berkenderaan 4x4 ke kawasan dilanda banjir di sekitar Bandaraya Bangkok selama 6 hari 5 malam dan akan disertai oleh lebih dari 30 orang sukarelawan belia dari seluruh negara.

Sehubungan itu, satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan telah diadakan bertempat di Office of Welfare Promotion, Protection and Empowerment of Vulnerable Groups, Thailand (OPP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Kanitta Kamolwat, Directors of The Promotion and Protection for the Disadvantaged Division dan telah berlangsung dengan jayanya.

En. Mohd Zaidi Aziz selaku Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia yang juga hadir di mesyuarat penyelarasan pelaksanaan itu, dipetik memaklumkan bahawa mesyuarat telah bersetuju bahawa penganjuran program seumpama ini adalah usaha baik dalam meningkatkan hubungan diplomatik serta mengukuhkan rangkaian hubungan antara belia bagi kedua-dua negara.

Dalam konteks yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa persediaan ahli sukarelawan, Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Negeri telah digerakkan sejak awal lagi di negeri-negeri yang telah dilanda banjir dan telah juga bersiap sedia bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara yang berkemungkinan akan dilanda banjir.