Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Selasa, 26 Februari 2013

Sistem Pembelajaran Dalam Talian EzLearn2U Diperkenalkan


Selaras dengan hasrat mewujudkan Negeri Berpengetahuan, kerajaan Perak hari ini melancarkan portal pembelajaran dalam talian, EzLearn2U untuk membantu murid dan pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) selain melatih diri melalui kaedah pembelajaran teknologi maklumat (ICT).
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kaedah pembelajaran berasaskan peta minda memanfaatkan murid sekolah dengan menarik minat mempelajari subjek digemari secara dalam talian.
“EzLearn2U adalah inisiatif kerajan negeri kepada semua anak-anak yang belajar di sekolah tanpa mengira latar belakang untuk membantu murid-murid mencapai kecemerlangan dalam pendidikan,” kata beliau.
Zambry bercakap demikan kepada pemberita selepas merasmikan program Bengkel Mind Mapping dan Portal Pembelajaran Dalam Talian EzLearn2U Negeri Perak di Bangunan SUK, sebentar tadi.
Pelancaran itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Puhat Mat Nayan dan Exco Pelajaran Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.
Melibatkan pelajar dan murid seramai 237, 971 di seluruh negeri, beliau berkata, sistem pembelajaran dalam talian diperkenalkan bagi membolehkan pelajar melakukan persiapan awal menjelang peperiksaan.
“Setiap pelajar akan diberi kata laluan untuk menggunakan sistem belajar tuisyen dengan lebih interaktif di mana murid bukan sahaja belajar perkara baru tetapi dengan kaedah pembelajaran baru.
“Kaedah pembelajaran menjadi lebih mudah dan murid akan merasai keseronokan sewaktu belajar menggunakan sistem baru ini,” katanya.
Dalam hal ini, guru juga disaran mempersiapkan diri kerana mereka bertindak sebagai fasilitator memantau aktiviti pembelajaran dalam talian yang dilakukan oleh murid, katanya lagi.
Katanya, sistem pembelajaran talian merupakan ilham kumpulan guru pakar bertanggungjawab membangun sistem tersebut dan pada masa yang sama memberi ruang kepada guru memeriksa dan mengajar menerusi dalam talian.
Sekiranya berjaya, beliau yakin sistem itu akan diperluaskan ke peringkat Pusat memandangkan ia dilihat sebagai pendekatan kreatif dengan kos minima untuk dilaksanakan.

1 ulasan:

  1. Salam Tuan, Saya dari Creative Dreams International (www.creativedreams.net) yang merupakan syarikat yang mendapat MSC status atas produk pembelajaran dalam talian (Focus A dan Roony and Pals) yang telah berkembang megikut silibus India dan Indonesia. Saya di bawah Support Centre Kartika Vision Resources Sdn Bhd sedang giat menjalankan Motivational Talk keusahawanan bersama perkongsian Platform perniagaan bagi menjana pendapatan kepada Belia terutamanya. Jadi, saya memohon masa Tuan untuk saya bentangkan Kertas Kerja Seminar atau kepada siapa saya boleh berjumpa bagi membolehkan saya berbincang tentang Seminar ini. Idea kami adalah perkongsian platform perniagaan dan membuka minda belia tentang keusahawanan dalam memberikan jalan kepada Belia untuk menjana pendapatan. Boleh hubungi saya di 0173705963 (min)

    BalasPadam