Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Jumaat, 13 April 2012

Borak- Borak kopi O.........



 Belia Hari Ini, Pemimpin Di Hari Esok

Belia merupakan kelompok masyarakat yang penting. Ini kerana mereka adalah pencorak generasi dan masyarakat akan datang. Keadaan masyarakat akan datang bergantung pada keadaan dan pembinaan belia hari ini. Jika keadaan belia hari ini baik dan pembinaannya sempurna, maka besarlah kemungkinan masyarakat di masa akan datang akan juga menjadi baik dan begitulah sebaliknya.
Bahkan, sejarah menunjukkan bahawa belia bukan sahaja bermanfaat di hari muka tetapi juga berpotensi untuk memainkan peranan yang bermakna semasa umur belia dan muda.
Sejarah Islam banyak mengemukakan contoh-contoh belia yang memainkan peranan penting semasa umur belia lagi. Antara mereka ini ialah Ali b Abi Talib yang pada umur 10 tahun berani tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w untuk menipu orang kafir agar Rasulullah s.a.w dapat berhijrah, Usamah b Zaid yang pada umur 18 tahun dilantik untuk memimpin tentera Islam menentang tentera Rom, Abdullah b. Abbas yang menjadi tokoh dalam bidang tafsir pada usia muda, Imam Asy-Syafi`i yang menjadi tokoh Fiqh pada usia belia dan Muhammad Al-Fatih yang pada umur mudanya menawan Konstantinopel.
Al-Quran sendiri turut merakam kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua), belia-belia yang dipuji oleh Allah taala dengan firmanNya
“Mereka itu adalah pemuda yang beriman pada Tuhan mereka dan Kami tambah pada mereka petunjuk.” (Al-Kahfi : 13)

Jadilah Belia Yang Mencipa Sejarah

Belia sejati ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh serangkap sajak Arab yang bermaksud
“Bukan pemuda (sejati) mereka yang berkata dulu bapa ku (begitu dan begini), tetapi pemuda (sejati) ialah yang mengatakan inilah aku.”
Ertinya belia yang tulen ialah belia yang bukan hanya bernostalgia dengan kegemilangan datuk neneknya atau sejarah masa lalu tetapi belia yang tulen ialah belia yang ‘berbangga’ dengan sumbangannya yang bermakna atau belia yang mencipta sejarah tersendiri.
Apabila kita mengikuti kisah-kisah tokoh belia seperti Usamah b. Zaid, Imam Asy-Syafi’i, Abdullah b. Abbas, Muhammad Al-Fatih, kita harus merasa malu kerana ramai di antara kita pada usia muda tahun masih lagi dalam kejahilan, tidak usah memikir masalah umat, nasib diri sendiri pun tidak boleh ditangani. Belia hari ini, bukan hanya tidak berkeyakinan untuk memimpin masyarakat tetapi memimpin hidup sendiri pun tidak tahu.
Ramai di antara kita adalah pemuda. Bahkan ramai di antara kita yang beruntung kerana diberi nikmat pendidikan yang lebih tinggi dan nikmat harta yang lebih melimpah. Masih tidak terlambat untuk kita membina satu wawasan dan berusaha keras bagi mencipta sejarah yang tersendiri dan meninggalkan sesuatu bagi umat ini. Sesuatu yang bukan hanya dilihat sebagai legacy tetapi juga sebagai amal jariah yang akan menjadi saham yang berterusan hingga hari Kiamat untuk kita di Akhirat, sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w
"Jika mati anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)
Namun, kita tidak akan dapat mencipta sejarah dan meninggalkan legacy, sekiranya
1. Berjiwa kecil…. tiada keyakinan pada diri sendiri, tidak mampu mengurus diri sendiri, tiada semangat 'yakin boleh', tidak berani mencuba….
2. Berakal kecil…. sibuk dengan perkara remeh, sibuk dengan masalah dari melihat peluang, tidak mampu mengekalkan idealisme yang wajar, tiada wawasan dalam hidup, pesimis …..
3. Beramal kecil….. tiada kesungguhan dalam perjuangan, mudah putus asa, lokek dalam pengorbanan, berpuas hati dengan apa yang ada, mediocre dalam semua perkara…..

Kita tidak bernostalgia dengan pencapaian umat yang lalu, kecuali sebagai dorongan untuk kita berlumba mencipta sesuatu bagi umat hari ini dan akan datang. Agar kita terus dikenang… agar doa umat akan terus melimpahi kita, pada ketika kita bersemadi di liang lahad sendirian.
Perlulah kita ingat bahawa Allah taala tidak akan menyoal kita akan sumbangan mereka yang terdahulu, tetapi kita hanya akan ditanya mengenai sumbangan kita sendiri.
Allah taala berfirman yang bermaksud
"Mereka itu adalah umat yang telah lalu. Bagi mereka apa yang telah mereka lakukan dan bagi kamu apa yang kamu lakukan dan kamu tidak akan ditanya apa mereka (yang terdahulu) lakukan.” (Al-Baqarah : 141)

Membina Wawasan Sebelum Mencipta Sejarah

Selagi kita masih hidup, sejarah umat ini berada dalam diri kita dan di tangan kita.
Ini bermaksud nasib sesuatu bangsa akan bergantung pada apakah bentuk wawasan yang ada di minda belia mereka. Pencapaian wawasan berkenaan pula bergantung pada usaha keras mereka.

Oleh itu, adalah penting untuk para belia mempunyai wawasan. Wawasan ini haruslah sebuah wawasan yang besar bagi dirinya dan masyarakatnya. Islam menuntut setiap muslim untuk menjadi seorang yang soleh (baik) dan juga musleh (mampu membaiki orang lain). Maka belia Islam dituntut untuk berwawasan yang bukan hanya berkaitan bagi dirinya sendiri seperti keinginan untuk menjadi doktor atau ahli perniagaan tetapi juga mempunyai wawasan yang berkaitan bagi kesolehan, pembangunan dan kemajuan masyarakatnya. Mempunyai wawasan bagi hari muka adalah dianjurkan oleh Islam. Allah taala berfirman yang bermaksud
“Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah pada Allah dan hendaklah setiap jiwa itu melihat apa yang akan ia kemukakan untuk hari esok, dan bertakwalah pada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (Al-Hasyr :18)
Ayat ini menganjurkan umat Islam agar sentiasa melihat ke hadapan dan merancang untuk hari muka, ertinya membina wawasan untuk hari muka dan berusaha untuk mencapainya.
Belia yang tidak mempunyai wawasan ialah belia yang potensinya akan terbazir. Belia sedemikian akan terumbang-ambing hidupnya tanpa tujuan dan perancangan. Dalam banyak keadaan belia seperti ini hanya akan memenuhkan hidupnya dengan hiburan dan permainan semata-mata kerana dipengaruhi oleh hedonism Barat. Kegagalan akan bersama belia seperti ini sebagaimana ungkapan kata berikut
“One who fails to plan, plans to fail”
Masyarakat yang mempunyai belia seperti ini ialah masyarakat yang pasti akan menuju pada kehancuran.
Sedangkan belia yang hanya berwawasan bagi manfaat dirinya dan hidupnya hanya dipenuhi dengan sesuatu bagi memenuhi keinginan peribadi semata-mata ialah belia yang mementingkan dirinya sendiri.

Rangka Wawasan Kita

Maka jadilah belia yang berwawasan. Apa jua wawasan yang tinggi, besar dan bermanfaat adalah sesuatu yang digalakkan. Namun wawasan berkenaan mestilah dipandu oleh prinsip-prinsip berikut;
1. Ia adalah wawasan dalam rangka ibadah pada Allah taala sejajar dengan firmanNya yang bemaksud

“Dan Aku tidak jadikan Jin dan manusia kecuali untuk beribadah padaKu” (Az-Zariyat : 56)

Sesuatu itu hanya akan menjadi ibadah apabila dilakukan ikhlas kerana Allah taala dan mengikut hukum yang telah ditetapkan olehNya, iaitu sejajar dengan Islam. Ini sejajar dengan firman Allah taala
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam” (Ali-Imran : 19)
“Dan barangsiapa mencari Islam sebagai agama (cara hidup), maka tidak aklan diterima darinya dan dia di Akhirat dari golongan yang rugi.” (Ali-Imran : 85)
2. Ia adalah wawasan yang merealisasikan peranan sebagai khalifah di muka bumi.

Allah taala mencipta manusia sebagai khalifah. FirmanNya yang bermaksud
“Apabila Tuhan kau berkata pada malaikat, bahawa Aku akan mencipa di bumi ini seorang khalifah.” (Al-Baqarah : 30)
Peranan utama khalifah di muka bumi ialah untuk memakmurkan bumi ini dengan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah taala yang terkandung dalam ajaran Islam.
Dalam kata-kata yang ringkas, wawasan seorang belia haruslah merangkumi dua aspek iaitu untuk menegakkan agama dan memakmurkan dunia. Bukan salah satu darinya.
Bagi belia Islam, wawasan sedemikian adalah satu kewajiban agama. Pengabaian terhadapnya merupakan pengabaian terhadap perintah Allah taala. Sesiapa yang melakukannya dicela dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala.
Namun wawasan sahaja tidak mencukupi. Wawasan berkenaan haruslah didokong oleh keperibadian yang baik. Hanya belia yang berperibadi yang sesuai sahaja akan benar-benar mampu menjayakan wawasan yang berteraskan prinsip di atas.

Ciri Belia Pendokong Wawasan

Dalam mendokong satu wawasan yang murni, belia Islam haruslah memastikan bahawa ia memiliki ciri-ciri asas berikut:
1. Aqidah yang murni dari penyelewengan
2. Ibadah yang benar dan bersih khurafat
3. Akhlak yang mulia

Ciri-ciri asas ini, di dokong pula oleh ciri-ciri tambahan berikut:
Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri dalam semua bidang dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi

Ciri ini diasaskan kepada sabda Rasulullah s.a.w:

“Manusia yang bijak ialah manusia yang sentiasa menghisab dirinya dan berusaha untuk hari matinya. Manusia yang lemah ialah manusia yang sentiasa mengikut nafsunya dan sentiasa berangan-angan terhadap Allah taala”
Komited pada usaha untuk membangun masyarakat

Ciri ini diasaskan kepada dalil berikut:
“Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari munkar dan merekalah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imran : 104)
Mampu untuk bekerja secara kolektif dan berorganisasi

Ciri ini diasaskan kepada dalil berikut:
“Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh.” (As-Saf : 4)

Sedia memimpin

Ciri ini didasarkan dari dalil berikut:
“ Tuhan kami kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (al Furqan : 73)
Pengajaran dari ayat ini ialah Allah menggalakkan umat Islam membina sifat dan kemampuan kepimpinan yang dimanifestasikan dari amalan berdoa. Walaupun Islam tidak menggalakkan umat Islam menuntut jawatan kepimpinan tetapi ia tidak menghalang mereka dari membina kemampuan kepimpinan dalam diri mereka berdasarkan ayat ini.
Kompeten dengan keperluan semasa

Ciri ini didasarkan pada sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang pakar.” (Muslim)
Berminda luas dan berfikiran global dan universal

Ciri ini didasarkan pada dalil berikut:
“Dan tidak kami utus kamu (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.” (Al-Anbiya’ : 107)

Islam adalah agama yang universal, diturunkan untuk seluruh umat manusia bukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu atau umat Islam sahaja.

Tazkirah Jumaat:Pemimpin dalam Islam

"Setiap kalian adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang di pimpinnya, Seorang penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggung jawab atas mereka, seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab atasnya. Seorang hamba sahaya adalah penjaga harga tuannya dan dia bertanggung jawab atasnya. (HR Bukhari)
 
Beberapa kriteria kepemimpinan dalam islam :

1. Menggunakan Hukum Allah
Dalam berbagai aspek dan lingkup kepemimpinan, ia sentiasa menggunakan hukum yang telah di tetapkan oleh Allah, hal ini sebagaimana ayat ;

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". (Qs : 4:59)

Melalui ayat di atas ta'at kepada pemimpin adalah satu hal yang wajib dipenuhi, tetapi dengan catatan, para pemimpin yang di ta'ati, harus menggunakan hukum Allah, hal ini sebagaimana di nyatakan dalam ayat-Nya yang lain :

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)". (Qs: 7 :3)

"..Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir..." (Qs :5:44)
"..Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim..." (Qs: 5 45)
"..Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.." (Qs: 5 :47)
" Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?". (Qs : 5 :50)

Dan bagi kaum muslimin Allah telah dengan jelas melarang untuk mengambil pemimpin sebagaimana ayat;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (Qs : 5 : 51)

Dari beberapa ayat diatas, boleh disimpulkan, bahawa pemimpin dalam islam adalah mereka yang sentiasa mengambil dan menempatkan hukum Allah dalam seluruh aspek kepemimpinannya.


2. Tidak meminta jabatan, atau menginginkan jabatan tertentu..
"Sesungguhnya kami tidak akan memberikan jabatan ini kepada seseorang yang memintanya, tidak pula kepada orang yang sangat berambisi untuk mendapatkannya" (HR Muslim).

"Sesungguhnya engkau ini lemah (ketika abu dzar meminta jabatan dijawab demikian oleh Rasulullah), sementara jabatan adalah amanah, di hari kiamat dia akan mendatangkan penyesalan dan kerugian, kecuali bagi mereka yang menunaikannya dengan baik dan melaksanakan apa yang menjadi kewajiban atas dirinya". (HR Muslim).

Kecuali, jika tidak ada lagi kandidat dan tugas kepemimpinan akan jatuh pada orang yang tidak amanah dan akan lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat, hal ini sebagaimana ayat ;

"Jadikanlah aku bendaharawan negeri (mesir), kerana sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga dan berpengetahuan". (Qs : Yusuf :55)

Dengan catatan bahawa amanah kepemimpinan dilakukan dengan ;
1. Ikhlas.
2. Amanah.
3. Memiliki keunggulan dari para kompetitor lainnya.
4. Menyebabkan terjadinya bencana jika dibiarkan jabatan itu diserahkan kepada orang lain.

3. Kuat dan amanah
"Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya." (Qs : 28: 26).

4. Profesional

"Sesungguhnya Allah sangat senang pada pekerjaan salah seorang di antara kalian jika dilakukan dengan profesional" (HR : Baihaqi)

5. Tidak aji mumpung karena KKN
Rasulullah SAW, "Barang siapa yang menempatkan seseorang kerana hubungan kerabat, sedangkan masih ada orang yang lebih Allah redhai, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang mukmin". (HR Al Hakim).

Umar bin Khatab; "Siapa yang menempatkan seseorang pada jabatan tertentu, karena rasa cinta atau karena hubungan kekerabatan, dia melakukannya hanya atas pertimbangan itu, maka seseungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan kaum mukminin".

6. Menempatkan orang yang paling sesuai
"Rasulullah menjawab; jika sebuah perkara telah diberikan kepada orang yang tidak semestinya (bukan ahlinya), maka tunggulah kiamat (kehancurannya)". (HR Bukhari).
Dalam konteks hadits ini, setidaknya ada beberapa hal  yang bisa kita cermati,

1. Seorang pemimpin harus cekap melihat potensi  seseorang.
Setiap manusia tentunya diberikan kelebihan dan  kekurangan.Kesalahan terbesar bagi seorang pemimpin  adalah ketika dirinya tidak dapat melihat potensi seseorang dan menempatkannya pada tempat yang  semestinya. Begitu pentingnya perhatian bagi seorang pemimpin terhadap hal ini, maka Rasulullah saw bersabda sebagaiman hadits pada poin 5 di atas.

Ketidakmampuan pemimpin dalam hal ini hanya akan membuat jama'ah atau organisasi yang di pimpinnya  menjadi tidak efektif dan efisien, bahkan tidak sedikit kesalahan pemimpin dalam hal ini menimbulkan kekacauan yang membawa kepada kehancuran.

2. Boleh mengasah potensi seseorang.
Selain ia boleh melihat potensi pada diri seseorang, seorang pemimpin dengan caranya yang paling baik, ia  boleh mengasah potensi mereka yang berada dalam  kepemimpinannya. Mengasah potensi seseorang berbeda dengan "memaksa" seseorang untuk menjadi seseorang yang tidak di inginkannya.

3. Menempatkan seseorang sesuai dengan potensi yang ia  miliki.
"Right man in the right place", adalah ungkapan yang  seringkali kita dengar. Bahawa menempatkan seseorang  itu harus berada pada tempat yang paling tepat bagi orang tersebut serta penugasannya.

4. Mengatur setiap potensi dari mereka yang di pimpinnya menjadi satu kekuatan yang kukuh.
Bangunan yang baik, kukuh dan indah tentunya tidak hanya terdiri dari satu elemen, tetapi terdiri dari berbagai elemen yang ada di dalamnya. Tentunya, penempatan dan penggunaan masing-masing elemen itulah yang sangat mempengaruhi bagaimana sebuah bangunan itu.  Perumpamaan sederhana ini boleh kita gunakan untuk memahami tugas seorang pemimpin dalam menempatkan, menggunakan mereka yang berada dalam kepemimpinannya.

Selasa, 10 April 2012

Kunjungan Hormat Ke MBM

Singapore International Foundation (SIF)






MBD Grik,Perak






Ahad, 8 April 2012

Sekadar Renungan......

Menepati Janji......

Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat yang ertinya, "Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan hanya kepada-Ku lah kamu harus takut (tunduk)."

Dinul Islam sejak kedatangannya mempunyai tujuan yang indah, iaitu membangun masyarakat yang ideal penuh dengan keutamaan, jauh dari kehinaan, saling tolong menolong atas dasar taqwa dan kebaikan, serta saling berwasiat dengan kesabaran dan kebenaran. Dinul Islam juga mengajarkan agar setiap muslim menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia. Dan di antara akhlak yang mulia itu adalah menepati janji. Allah SWT berfirman yang ertinya, "Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (iaitu): janganlah kalian beribadah kepada selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin."

Menepati janji Allah dan rasul-Nya adalah pokok atau keutamaan dari semua janji. Bila seseorang berhasil menepati janji Allah dan rasul-Nya, maka ia akan berhasil pula dalam menepati janji lainnya. Sebaliknya, bila ia gagal memenuhi janji Allah dan rasul-Nya, maka ia adalah orang yang tidak lagi memiliki janji dan keamanan. Kerana, antara janji dan keimanan saling berhubungan.

Berdasarkan ayat dari surat Al-Baqarah di atas, yang dimaksud dengan janji Allah adalah beribadah hanya kepada-Nya. Adapun yang dimaksud dengan janji rasul adalah mengikuti perjalanan, sirah, dan konsep kehidupannya. Allah SWT berfirman yang ertinya, "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: 'Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya'. Allah berfirman: 'Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu'? mereka menjawab: 'Kami mengakui'. Allah berfirman: 'Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersamamu'."

Tidak diragukan lagi, menepati janji selain tanda dari keistiqamahan, ia juga merupakan tiang dari kepercayaan seseorang. Kalau menepati janji tidak ada, maka istiqamah dan kepercayaan juga tidak ada. Allah SWT berfirman: "(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa." Dalam sisi lain, Islam juga mencela bagi mereka yang menghianati amanat. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya binatang(makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. (iaitu) orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dengan mereka, sesudah itu mereka menghianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya)." Ada ungkapan yang menyebutkan bahawa janji itu adalah hutang. Oleh kerana itu harus dipenuhi.

Disamping itu, janji juga akan diminta pertanggungjawabannya. Allah SWT berfirman, "Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggung jawabannya." Atau, dalam firman-Nya yang lain, "Dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kalian berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) sesudah meneguhkannya."

Oleh kerana itu, siapa saja yang telah berjanji kepada sesama manusia, entah itu berkenaan dengan janji membayar hutang, memenuhi undangan, berkumpul di suatu tempat dan sebagainya, maka janji-janji itu harus dipenuhi dan tak boleh diingkari. Rasulullah saw bersabda, "Ada tiga hal, siapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah orang munafik, meskipun dia solat, puasa, haji, berkata bahawa dirinya adalah seorang muslim. Tiga hal tersebut adalah: apabila berbicara berbohong, apabila berjanji mengingkari, dan apabila diberi amanat, berkhianat."

Termasuk menepati janji yang perlu diperhatikan adalah membayar hutang. Kerana, membayar hutang memiliki kedudukan yang kuat di sisi Allah SWT. Maka, siapa yang telah berhutang, hendaklah ia berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memenuhi hutang tersebut, dan Allah akan menjamin pelunasan hutangnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda, "Tiga hal yang merupakan kewajiban Allah untuk memberikan pertolongan, yaitu seorang budak mukatab yang berusaha melunasi dirinya, orang yang menikah kerana menjaga kehormatan dan orang yang berjihad di jalan Allah."

Hadis di atas memberi penjelasan bahawa Allah memberi uzur (pelepasan) bagi orang yang kesulitan membayar hutang kerana keadaan yang sulit atau kerana adanya musibah. Adapun bagi mereka yang mampu melunasi, tetapi tidak segera membayarkannya, maka hal ini termasuk sikap meremehkan dan kemewahan yang dibenci. Sementara, mereka yang berhutang dan berniat tidak mengembalikannya, ini termasuk orang yang merosak janji. Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang mengambil harta manusia, kerana ingin ditunaikan kepada yang berhak, nescaya Allah akan menyampaikannya. Namun barangsiapa mengambil harta manusia kerana ingin dihilangkannya. Maka Allah akan menghilangkannya."

Kerana itu, marilah kita takut kepada Allah dan marilah kita penuhi janji-janji dan marilah kita melaksanakan amanat. Rasulullah saw bersabda, "Tidak ada iman bagi yang tidak melaksanakan amanat, dan tidak ada dien bagi yang tidak memenuhi janji."
Wallahu a'lam bishshawab.

Sabtu, 7 April 2012

Program Kembara Usahawan

Program Kembara Usahawan anjuran UPM dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia(MBM), Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Belia Felda telah diadakan di Felda Trolak Timur, Sungkai Perak. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang IKS yang ada di situ serta menjalinkan hubungan silaratulrahim antara pelajar dengan penduduk setempat melalui program anak angkat yang merupakan salah satu agenda di dalam program ini.









Jumaat, 6 April 2012

Tazkirah Jumaat: MEMBINA MASYARAKAT PRIHATIN

Mutakhir ini  hampir setiap hari dilaporkan oleh media massa akan pelbagai fenomena gejala sosial yang sedang melanda masyarakat negara kita. Perlakuan buruk ini bukan hanya melibatkan golongan remaja tetapi juga di kalangan dewasa. Di antara beberapa fenomena gejala sosial yang amat membimbangkan kita ialah seperti kes pembuangan bayi , penderaan kanak-kanak , kes bersekedudukan sehingga melahirkan zuriat tanpa nikah, kes dadah, arak, rogol, mencuri, pecah rumah dan sebagainya. Pada pemerhatian mimbar kebanyakan kes tersebut melibatkan masyarakat melayu yang beragama Islam yang berlaku di sekeliling kita. Persoalan besar timbul ialah  kenapa ianya berlaku?. Adakah ia mengambarkan bahawa agama Islam itu sendiri gagal mendidik umatnya? atau sikap masyarakat Islam yang tidak prihatin dan mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya sehingga ada mayat di sebelah rumah, anak kecil di dera atau jiran di rompak pun kita tidak mempedulikannya. Adakah ini ajaran Islam yang sebenar kepada umatnya?. Mimbar merasa yakin bahawa sikap yang sebegini bersalahan dari tatacara hidup Islam yang sebenar kerana umat Islam itu bersaudara, saling bantu-membantu, faham-memahami antara satu sama lain sebagaimana hadith Rasulullah SAW:
Maksudnya:“ Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.”(hadis Riwayat Muslim )
           
Manusia  yang di jadikan Allah SWT seolah-olah satu badan, jika sakit satu bahagian anggota maka anggota lain turut merasakan. Tidak beriman seseorang mukmin sekiranya mereka tidak mengasihi  saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Alangkah ruginya sekiranya kita hanya berdoa ke hadrat Allah SWT untuk kebaikan diri kita sahaja sedangkan jiran dan masyarakat yang lain di biar dalam kemungkaran. Hadith Rasulullah SAW:
Maksudnya: Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya” (Hadith Riwayat Muslim)

Ingatkah kita bagaimana suasana masyarakat  yang dipupuk oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Jika kita kenang dan renung kembali amalan oleh generasi terdahulu maka kita akan sedar betapa murni dan bijaknya mereka menjaga kita. Sesuatu kesalahan dilakukan bilamana dilihat oleh seseorang maka mereka segera menegur atau memarahi tanpa mengira siapa dan anak siapa. Lebih dari itu ibu bapa juga akan dimaklumkan dan anak yang nakal itu akan mendapat habuan seperti dimarahi atau dipukul oleh ibu bapa. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak berani melakukan kesalahan walaupun di belakang ibu bapa mereka kerana mereka sedar bahawa semua orang akan mengambil berat terhadap mereka dan tidak timbul langsung perasaan takut untuk menegur. Berbeza sama sekali dengan pemikiran sesetengah ibu bapa pada zaman moden ini di mana konsep tegur menegur seolah-olah tidak lagi relevan dalam kehidupan mereka.
Masyarakat yang  prihatin,  saling tegur -menegur mampu menjamin keselamatan dan keharmonian terutama daripada ancaman gejala sosial dengan cara muafakat, samaada melalui rukun tentangga, unit kawalan kampung atau melalui kempen-kempen kesedaran. Dalam masa yang sama dapat memainkan peranan melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya perkara-pekara yang ganjil dan meragukan dalam masyarakat. Kerana itu, membina ikatan yang kuat dan kerjasama sesama kita adalah syarat utama bagi menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat. Sedarlah bahawa kita tidak lagi hidup di dalam gua seperti di zaman purba, Kita hidup bermasyarakat, berkomoniti, berhubung antara satu sama lain , saling bergantungan ibarat pepatah “berat sama dipikul ringan sama di jinjing”.
Masyarakat yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain menjadi elemen penting dalam usaha membangun negara. Marilah kita bertanya kepada diri kita semua,  apakah erti pembangunan yang kita bangunkan pada hari ini, jika pada masa yang sama akhlak manusiawi  runtuh roboh. Mimbar percaya jika masyarakat bersikap prihatin,  isu -isu gejala sosial tidak akan berlaku kerana setiap masa dan tempat diperhatikan. Ingatlah bahawa gejala sosial merupakan isu yang melanda kehidupan manusia sepanjang zaman. Porak-peranda kehidupan masyarakat adalah berpunca daripada wujudnya golongan  rosak akhlak yang membelakangkan agama dengan mengutamakan hawa nafsu. Namun permasalah ini tidak dapat di atasi selagi masyarakat mengamalkan sikap keakuan dengan mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya
Muslimin yang Dikasihi Sekalian,
Usaha kita membina semangat hidup bermasyarakat tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi insan yang prihatin terlebih dahulu. kita juga mesti menanam perasaan kasih sayang terhadap masyarakat dan negara. Renungilah pepatah melayu yang menyebut ’bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat’.
Pepatah ini amat sesuai dan selari dengan tuntutan Islam kerana ianya dilihat menjadi suatu permulaan atau kunci ke arah membentuk masyarakat prihatin dan perpaduan sejagat, lebih-lebih lagi dalam keadaan dan suasana semasa serta sehaluan dengan apa yang diingatkan oleh pihak pemerintah pada hari ini. Justeru Islam mengalakkan umatnya sentiasa berkerjasama dan berpadu tenaga dalam semua perkara demi mencapai kebaikan sebagai usaha untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Mimbar menyeru  kepada para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita menjadi masyarakat yang prihatin, bersatu padu dengan merasa bertanggungjawab di atas suasana yang berlaku ini dengan mengawasi pergerakan anak-anak kita dan apa yang berlaku di sekitar kita. Mimbar juga menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia untuk sama-sama memikul bebanan ini. Marilah sama-sama mengerakkan aktiviti dakwah dengan memperbaiki fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Mimbar percaya dengan izin Allah SWT kita akan mampu menjadi umat yang terbaik. Ingatlah bahawa masyarakat yang prihatin merupakan masyarakat yang bertamadun dan bernegara. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 104:
Maksudnya:Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang Berjaya”.

Sumber:Jakim