Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 9 November 2011

MBM KECAM PENGANJUR PROGRAM SEKSUALITI MERDEKA



Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa amat kesal dan membantah sekeras-kerasnya penganjuran Program Seksualiti Merdeka bermula semalam yang disokong oleh Majlis Peguam Negara, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan beberapa NGO lain.

MBM tidak mahu hak asasi ditafsirkan secara melulu tanpa ada rasa tanggungjawab sehingga merosakkan moral serta nilai-nilai murni selain bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Pada masa yang sama, MBM mengecam penganjur program ini yang langsung tidak sensitif terhadap masyarakat Malaysia.

MBM meminta seluruh masyarakat terutamanya golongan belia agar tidak menyokong dan menyertai program ini yang jelas amat bertentangan dengan nilai-nilai agama masyarakat Malaysia terutamanya agama Islam.

MBM beranggapan program ini tidak membawa sebarang faedah malah akan menyumbang kepada lebih banyak komplikasi sosial. Program pendidikan seks juga telah lama diajar di sekolah-sekolah malah perbincangan secara terbuka dilihat tidak sesuai dipraktikkan dalam masyarakat Malaysia.

Penganjuran program ini juga memperlihatkan seolah-olah wujud agenda tersembunyi pihak-pihak terbabit untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti dan budaya golongan gay, lesbian, biseksual, transeksual dan sebagainya yang selama ini tidak pernah diiktiraf di Negara ini.

MBM bimbang sekiranya penganjuran program seumpama ini dibiarkan, dikhuatiri pihak-pihak terbabit lebih berani menjalankan usaha-usaha drastik dan seolah-olah kerajaan pula menyokong perjuangan golongan ini atas dasar hak asasi.

Sehubungan itu, MBM mendesak agar pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan bertindak tegas dengan memantau pergerakan program ini serta menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada.

MBM mahu pihak berkuasa lebih tegas tanpa kompromi dalam mengambil tindakan berhubung penganjuran program-program seumpama ini supaya keharmonian dan perpaduan tidak diganggu gugat.

Sekian, terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan