Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Ahad, 11 Mac 2012

Mangsa Banjir Di Hulu Langat Mendapat Perhatian MBM

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Penderitaan yang dialami oleh lebih 600 orang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Banjir di Batu 10, Hulu Langat mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di situ adalah antara yang paling teruk dilanda banjir akibat hujan lebat selama lebih tujuh jam bermula lewat petang semalam.

Lebih 200 buah rumah di sekitar Hulu Langat dinaiki air yang naik secara mengejut dan menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah secara tergesa-gesa.

Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sungai Serai , Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyalurkan bantuan segera berupa makanan dan minuman yang disampaikan oleh Exco MBM, Abdul Rizam Mohd Akhir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda dan Rhayme Yahaya.

Menurut Rizam, beliau akan menghantar beberapa sukarelawan bagi mengenal pasti keperluan mangsa-mangsa banjir sebelum tindakan lanjut diambil.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan berupa wang ringgit, boleh menghubungi Sekretariat MBM di talian 03-9173 2761 (TEL) atau 03-9173 2759 (FAX) atau emel mbm@belia.org.my atau cek di atas nama MAJLIS BELIA MALAYSIA No: Akaun 014020406995 Maybank Cawangan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian boleh diberi dengan menyerahkannya kepada Sekretariat MBM beralamat Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Semua sumbangan akan diserahkan terus kepada mangsa-mangsa banjir yang terbabit.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan