Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 27 Jun 2012

Perak hampiri sasaran Setinggan Sifar 2012


Misi kerajaan Perak mencapai sasaran setinggan sifar menjelang akhir 2012 semakin hampir direalisasikan.
Hari ini, seramai 86 penduduk setinggan dari mukim Ulu Kinta diberi penempatan baru bagi memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.
Penasihat Khas Menteri Besar, Datuk S. Veerasingam ketika menyampaikan surat tawaran penempatan setinggan tersebut, memberitahu usaha berkenaan merupakan antara intipati kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua masalah setinggan di Perak.
“Hari ini, seramai 86 penduduk setinggan menerima surat tawaran, 25 daripadanya adalah penduduk Taman Wing Onn, 49 surat tawaran diserahkan kepada penduduk setinggan Hock Huan dan 10 lagi kepada setinggan Gunung Cheroh.
“Semua ini atas usaha dan arahan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mahukan semua pegawai daerah supaya menyelesaikan masalah setinggan dengan segera,” katanya.
Tambah Veerasingam, dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan bilangan setinggan di Perak, masih ada pihak yang sengaja menghasut masyarakat setinggan supaya mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan.
Beliau menambah, penduduk setinggan tidak perlu mendengar hasutan mana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, jika penduduk mempunyai masalah, mereka boleh terus berjumpa dengan pemimpin negeri.
“Kita sentiasa berusaha menangani masalah ini  tetapi bila kita ambil tindakan, ada kumpulan tertentu yang cuba menghasut penduduk supaya mengadakan tunjuk perasaan.
“Sekiranya ada masalah, penduduk boleh terus jumpa dengan pemimpin, tak perlu nak buat tunjuk perasaan,” jelasnya lagi.
Malah setiap Selasa, orang ramai boleh bertemu secara terus dengan Menteri Besar yang meluangkan masa untuk mendengar masalah rakyat, kata Veerasingam lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan