Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Isnin, 23 Julai 2012

Borak borak kopi O.........Suara kemanusiaan


SEBAHAGIAN daripada mahasiswa dan belia yang menjayakan Simposium Kepimpinan Cendekiawan Universiti-Universiti Sedunia Kali Ke-2 di Pattaya Thailand pada 2011.
Seperti yang umum ketahui, banyak kejadian bencana alam seperti gempa bumi, banjir besar, ribut taufan dan tsunami berlaku di negara-negara Asia yang membangkitkan kesedaran di kalangan generasi muda termasuk mahasiswa untuk sama-sama terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan.
Ekoran daripada kejadian-kejadian bencana alam itu, dunia hari ini perlu mempersiapkan pemimpin masa hadapan yang mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi dan sanggup memberi bantuan kemanusiaan kepada negara-negara yang dilanda bencana alam termasuk kemiskinan.
Untuk itu, bagi meningkatkan kesedaran di kalangan belia dan mahasiswa di seluruh dunia mengenai kesedaran kesukarelawanan satu Simposium Kepimpinan Cendekiawan Universiti-Universiti Sedunia Kali Ke-3 akan diadakan pada Ogos ini di Bali, Indonesia.
Program anjuran Hal Ehwal Kemanusiaan United Kingdom dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bakal menghimpunkan kira-kira 600 pemimpin mahasiswa dan belia dari lebih 50 buah negara.
Untuk menjayakan simposium itu Malaysia yang akan menghantar 60 peserta di bawah program Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) yang terdiri daripada golongan belia termasuk daripada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah menengah.
Simposium itu juga akan melibatkan kepimpinan mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di luar negara, aktivis masyarakat, pekerja sukarelawan dan pemimpin pertubuhan belia.
Delegasi Malaysia akan diketuai Tokoh Belia Negara 2011, Mohammad Rizan Hassan yang berpengalaman luas dalam gerakan kesukarelawanan dan kemanusiaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Mohammad Rizan berkata, program itu dapat mengikis stigma masyarakat tempatan dan antarabangsa bahawa kegiatan kesukarelawanan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti gotong-royong semata-mata tetapi mempunyai maksud dan ruang lingkup yang lebih luas.
"Sikap membantu orang lain tidak harus di ketepikan oleh generasi muda. Hanya dengan memberi senyuman kepada seseorang yang dilanda kesedihan atau kesusahan juga adalah satu bakti kemanusiaan tanpa melibatkan kewangan.
"Harapan saya dengan penyertaan delegasi paling ramai dari Malaysia ini akan memberi satu kesan besar kepada negara bahawa kegiatan kesukarelawanan dan kemanusiaan demi keamanan dan kasih sayang," katanya.
Mohammad Rizan berkata, dalam memacu kejayaan program itu, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi sokongan melalui penajaan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi Dana Belia 1Malaysia untuk menyertainya.
"Selain itu, kami juga mendapat tajaan daripada institusi pengajian tinggi awam dan Majlis Belia Malaysia. Ini merupakan satu pelaburan yang baik dalam menyuburkan semangat kesukarelawanan di kalangan generasi muda negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan