Khamis, 8 Disember 2011
Belia Malaysia Bantu Mangsa Banjir Thailand 2011
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Begitulah kata pepatah Melayu lama apabila melihat negara jiran kita yang telah dilanda musibah banjir besar baru-baru ini.
Bagi meringankan beban dan semangat kejiranan serta menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia dalam hasrat melahirkan belia berbudaya glokal, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan melaksanakan "International Youth Volunteerism Programme - Thailand After Flood Disaster Relief 2011" pada 14/12/11 - 19/12/11 di sekitar bandar Bangkok, Thailand.
Program ini akan dilaksanakan secara konvoi berkenderaan 4x4 ke kawasan dilanda banjir di sekitar Bandaraya Bangkok selama 6 hari 5 malam dan akan disertai oleh lebih dari 30 orang sukarelawan belia dari seluruh negara.
Sehubungan itu, satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan telah diadakan bertempat di Office of Welfare Promotion, Protection and Empowerment of Vulnerable Groups, Thailand (OPP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Kanitta Kamolwat, Directors of The Promotion and Protection for the Disadvantaged Division dan telah berlangsung dengan jayanya.
En. Mohd Zaidi Aziz selaku Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia yang juga hadir di mesyuarat penyelarasan pelaksanaan itu, dipetik memaklumkan bahawa mesyuarat telah bersetuju bahawa penganjuran program seumpama ini adalah usaha baik dalam meningkatkan hubungan diplomatik serta mengukuhkan rangkaian hubungan antara belia bagi kedua-dua negara.
Dalam konteks yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa persediaan ahli sukarelawan, Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Negeri telah digerakkan sejak awal lagi di negeri-negeri yang telah dilanda banjir dan telah juga bersiap sedia bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara yang berkemungkinan akan dilanda banjir.
Rabu, 9 November 2011
MBM KECAM PENGANJUR PROGRAM SEKSUALITI MERDEKA
Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa amat kesal dan membantah sekeras-kerasnya penganjuran Program Seksualiti Merdeka bermula semalam yang disokong oleh Majlis Peguam Negara, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan beberapa NGO lain.
MBM tidak mahu hak asasi ditafsirkan secara melulu tanpa ada rasa tanggungjawab sehingga merosakkan moral serta nilai-nilai murni selain bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Pada masa yang sama, MBM mengecam penganjur program ini yang langsung tidak sensitif terhadap masyarakat Malaysia.
MBM meminta seluruh masyarakat terutamanya golongan belia agar tidak menyokong dan menyertai program ini yang jelas amat bertentangan dengan nilai-nilai agama masyarakat Malaysia terutamanya agama Islam.
MBM beranggapan program ini tidak membawa sebarang faedah malah akan menyumbang kepada lebih banyak komplikasi sosial. Program pendidikan seks juga telah lama diajar di sekolah-sekolah malah perbincangan secara terbuka dilihat tidak sesuai dipraktikkan dalam masyarakat Malaysia.
Penganjuran program ini juga memperlihatkan seolah-olah wujud agenda tersembunyi pihak-pihak terbabit untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti dan budaya golongan gay, lesbian, biseksual, transeksual dan sebagainya yang selama ini tidak pernah diiktiraf di Negara ini.
MBM bimbang sekiranya penganjuran program seumpama ini dibiarkan, dikhuatiri pihak-pihak terbabit lebih berani menjalankan usaha-usaha drastik dan seolah-olah kerajaan pula menyokong perjuangan golongan ini atas dasar hak asasi.
Sehubungan itu, MBM mendesak agar pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan bertindak tegas dengan memantau pergerakan program ini serta menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada.
MBM mahu pihak berkuasa lebih tegas tanpa kompromi dalam mengambil tindakan berhubung penganjuran program-program seumpama ini supaya keharmonian dan perpaduan tidak diganggu gugat.
Sekian, terima kasih.
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN(MOU) RAKAN NIAGA KEMBARA ANGKASAWAN NEGARA
Kuala Lumpur-Majlis menandatangani Memorandum Persafahaman (MOU) di antara Premier Aims Sdn. Bhd bersempena Program Kembara Angkasawan Negara dengan Majlis Belia Malaysia (MBM), Usahawanita Johor, Lembaga Perlindungan Pengguna Malaysia(PPPM) dan Malaysia Franchise Association sebagai rakan niaga yang akan memberikan sokongan padu terhadap program ini serta memertai perjanjian bersama keseluruhan dengan nilai Rm 48.73 juta.
Program Kembara Angkasawan negara bersama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor direka khusus untuk masyarakat Malaysia yang inginkan melancong sambil menimba pengalaman. Program ini dibentuk bagi membangunkan serta melahirkan usahawan terutama dari golongan remaja belia, usahawan wanita, ahli koperasi serta ahli usahawan tempatan.
Hanya Rm 199.00 seorang yang merangkumi pakej 5 hari 4 malam termasuk penginapan di hotel 4 bintang, makanan halal, pengangkutan serta pemandu pelancong yang mahir di Shanghai dan Hangzhou. Antara tempat- tempat yang bakal dilawati seperti Yuan Rong Times Square, LED Sky Screen, Suzhou Bird Nest, Kilang Kain Sutera, Phoenix mosque, Haining Yanguan Town,Haining International Leather City serta banyak lagi tempat- tempat menarik yang akan di lawati disana.
Selasa, 11 Oktober 2011
2012 – Belia Dan Inovasi Nasional
”Alhamdulillah YAB Perdana Menteri telah membuat pembentangan belanjawan 2012 di Parlimen petang Jumaat. Pembentangan bajet yang komprehensif dan menyeluruh, mengambil kira keperluan dan menyentuh setiap golongan rakyat. Terdapat penegasan tentang kreativiti dan inovasi dalam pembangunan modal insan.
Jumaat, 7 Oktober 2011
Jom Berubah bangun potensi belia
Utusan Malaysia 6-10-2011
Razali Ibrahim (dua dari kiri) bersama (dari kiri) Budiman Mohd. Zohdi, Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor, Datuk Irmuhizam Ibrahim dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Mohd. Zaidi Aziz pada perasmian program Jom Berubah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
STATISTIK pada 2007 menunjukkan golongan belia yang berumur dari 15 hingga 40 tahun di negara ini berjumlah 11.5 juta orang.
Ia menghampiri 45 paratus dari jumlah penduduk negara ini yang membuktikan mereka merupakan entiti yang perlu diberi perhatian. Tenaga belia pula menjadi sumber penting dalam pembangunan negara.
Ia menghampiri 45 paratus dari jumlah penduduk negara ini yang membuktikan mereka merupakan entiti yang perlu diberi perhatian. Tenaga belia pula menjadi sumber penting dalam pembangunan negara.
Melakar Harapan Belanjawan 2012
Tanggal 7 Oktober 2011, seluruh mata dan telinga masyarakat baik pakar ekonomi, para pemimpin, pensyarah, para pelajar,pegawai kerajaan,pesara mahupun rakyat biasa tertumpu kepada pembentangan belanjawan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Masyarakat menantikan pengumuman- pengumuman penting yang akan di utarakan oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen selepas jam 3 petang hari Jumaat nanti.
Pengumuman dan pembentangan Belanjawan 2012 yang bertemakan transformasi bersama rakyat Jumaat ini diharapkan turut menumpukan kepada isu berkaitan golongan anak muda Malaysia.
Dalam Konsultasi Bajet 2012 yang lepas, banyak pihak menyuarakan kepentingan peningkatan kualiti dan sistem pendidikan di peringkat sekolah hingga ke pengajian tinggi. Sistem pendidikan yang lebih result-oriented ditambah lagi dengan mentaliti masyarakat, menyumbang kepada suasana kurang sihat dalam proses pembelajaran.
Langgan:
Catatan (Atom)







