Halaman

Subscribe:

Ads 468x60px

Ahad, 11 Mac 2012

Mangsa Banjir Di Hulu Langat Mendapat Perhatian MBM

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Penderitaan yang dialami oleh lebih 600 orang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Banjir di Batu 10, Hulu Langat mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di situ adalah antara yang paling teruk dilanda banjir akibat hujan lebat selama lebih tujuh jam bermula lewat petang semalam.

Lebih 200 buah rumah di sekitar Hulu Langat dinaiki air yang naik secara mengejut dan menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah secara tergesa-gesa.

Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sungai Serai , Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyalurkan bantuan segera berupa makanan dan minuman yang disampaikan oleh Exco MBM, Abdul Rizam Mohd Akhir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda dan Rhayme Yahaya.

Menurut Rizam, beliau akan menghantar beberapa sukarelawan bagi mengenal pasti keperluan mangsa-mangsa banjir sebelum tindakan lanjut diambil.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan berupa wang ringgit, boleh menghubungi Sekretariat MBM di talian 03-9173 2761 (TEL) atau 03-9173 2759 (FAX) atau emel mbm@belia.org.my atau cek di atas nama MAJLIS BELIA MALAYSIA No: Akaun 014020406995 Maybank Cawangan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian boleh diberi dengan menyerahkannya kepada Sekretariat MBM beralamat Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Semua sumbangan akan diserahkan terus kepada mangsa-mangsa banjir yang terbabit.

-- BERNAMA

Isnin, 5 Mac 2012

Sekitar Hari Pertandingan Memancing Anjuran Gerakan Belia Kg. Sawa /Penderas Dengan Kerjasama MAjlis Belia Malaysia






Pendaftaran peserta- peserta memancing













Peserta membuat persediaan akhir sebelum pertandingan bermula 

Tiupan hon oleh Tn Hj Ahmad Wasid menandakan pertandingan dimulakan


Tangkapan terpantas - En Surip




 Peserta bersabar menanti umpan joran di sambar ikan

Perut dah berbunyi......



Hadiah- hadiah menanti untuk para pemenang

Aksi kepuasan En Mohd Razali setelah berjaya menaikkan ikan Tongsan seberat 7.750kg 




Penyampaian hadiah kepada pemenang- pemenang

Pemenang tempat pertama En Razali dengan tangkapan ikan Tongsan seberat 7.750kg

Pemenang tempat kedua En Mas dengan tangkapan ikan Patin seberat 1.715kg

Pemenang tempat ketiga En Andi dengan tangkapan ikan Patin seberat 1.540kg



 Antara pemenang- pemenang cabutan bertuah

 


 

Rabu, 29 Februari 2012

Pertandingan Memancing Anjuran Gerakan Belia Kg. Sawa /Penderas Dengan Kerjasama MAjlis Belia Malaysia


Aturcara Program:

Sabtu

3.00 ptg - 6.00 ptg             : Pendaftaran peserta memancing

Ahad

7.30 pg - 8.30 pg                : Ketibaan peserta memancing
9.00 pg                               : Pertandingan Memancing bermula/ cabutan nombor bertuah
12.30 t/hari                         : Ketibaan Tetamu Jemputan
1.00 t/hari                            : Pertandingan memancing tamat
                                             Penyampaian hadiah
                                             Majlis bersurai

Santai MB Perak di Pekan Slim Village





Khamis, 16 Februari 2012

Program Bicara "Youth and Change" bersama Pemuda Turki


Peranan aktif belia dan pemuda sudah mula diiktiraf dan dibicarakan di seluruh dunia. Perubahan persekitaran dan kehendak belia menjadi topik penting yang mula dibicarakan. Kebangkitan rakyat di Tunisia yang seterusnya merebak ke negara-negara Arab yang lain banyak dimainkan oleh golongan ini. Tidak kurang juga peranan pemuda yang kini diangkat dan terlibat dalam usaha perubahan dan pembangunan dalam pentadbiran negara dan syarikat utama di seluruh dunia.




Satu program dialog telah diatur antara AKP Turki dan Belia Malaysia di dalam program Bicara Pemuda "Youth and Change"  yang diadakan di Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya. AKP Turki yang diwakili oleh Sdr. Ismail Karaosmaonglu Pengerusi Pemuda, Keadlilan dan Pembangunan Parti AK, Turki dan MBM diketuai oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM dan Mohd Zaidi Aziz Setiausahagung MBM . Turut sama dalam program ini ialah Sdr. Abdelkabir Azzi, Wakil Rasmi Parti Keadlilan dan Pembangunan Morocco dan beberapa pertubuhan belia di bawah MBM seperti ABIM dan PKPIM. Bagi memastikan dialog ini berjalan dengan lancar, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden ABIM diberi kepercayaan untuk menjadi moderator. Beberapa isu membabitkan kepentingan belia di negara Turki dan Malaysia disentuh dengan kupasan yang menarik serta  membina dan memperluas jaringan antarabangsa belia Malaysia dengan kumpulan belia di seluruh dunia. Ianya juga bertujuan mewujudkan persefahaman dan penerokaan ruang kerjasama antara belia Malaysia dengan kumpulan belia antarabangsa.

Selasa, 14 Februari 2012

PROGRAM BICARA MINDA BERSAMA YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD







Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Program Bicara Minda bertemakan Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk menyampaikan ceramah sepertimana berikut:
Tarikh             :           24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa               :           8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat           :           Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
Untuk makluman, program ini dapat memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilan dalam menghadapi arus perubahan perdana di samping membuka ruang perkongsian pengalaman dan penetapan hala tuju antara tokoh pemimpin negara dan peserta.
Sehubungan dengan itu, MBM ini berbesar hati menjemput YB/Dato/Saudara/Saudari. Peserta yang dicalonkan diharap memenuhi kriteria berikut :
i.          Pemimpin belia yang berumur 18 hingga 40 tahun.
ii.         Pemimpin yang memegang jawatan dalam pertubuhan belia di pelbagai peringkat.
Pihak penganjur akan menyediakan makan minum peserta sepanjang program ini diadakan. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara ceramah dan borang penyertaan untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada Sekretariat MBM di talian faks (03) 9173 2759  atau emel mbm@belia.org.my sebelum atau pada 16 Februari 2012 (Khamis). Tempat adalah terhad.

Jumaat, 30 Disember 2011

16 Kontingen Pelajar Ikut Bandung Games


BANDUNG, 10 Disember 2011 -Sebanyak 16 kontingen pelajar Malaysia dari berbagai daerah di Indonesia sedang mengikuti acara Bandung Games 2011 bertempat  di Sports Hall Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), bermula pada hari ini dan berakhir pada 11 Disember 2011.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Datuk Razali bin Ibrahim telah merasmikan  Bandung Games 2011 disaksikan oleh 16 kontingen pelajar Malaysia dan beliau turut diiringi oleh delegasi dari Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai sendiri oleh Presidennya, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
Menurut YB Datuk Razali,  Bandung Games ini merupakan kali kedua telah diadakan dan beliau  menambahkan kegiatan ini  mempertandingkan beberapa cabang olah raga seperti futsal, bola basket, bola tampar ,ping pong, bowling, bulu tangkis, dan bola jaring.
“Kegiatan ini diadakan untuk mempereratkan tali persahabatan antara pelajar Malaysia dan Indonesia, tambah beliau lagi.
Menurut Sdr. Maliki, acara seperti ini harus diteruskan pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja dapat memperatkan hubungan antara pelajar Malaysia di Indonesia, malah ianya turut dapat memberi peluang kepada pelajar Malaysia untuk memperlihatkan bakat mereka dalam sukan. Pada masa yang sama, acara ini turut disertakan dengan program Bazar Keusahawanan yang mampu melatih pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain di dalam kampus.